Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Himpunan Oren: Rupanya Himpunan PAS

Himpunan oren, rupanya bukan himpunan peneroka Felda, akan tetapi himpunan parti PAS. Nampak di barisan depan, Mat Sabu, Tuan Ibrahim, seorang lagi.. lupa namanya.

Menurut propaganda Pas, Himpunan oren disertai kira-kira 5,000 orang, bertujuan untuk mengiringi pemimpin Pas menyerahkan memorandum kepada SPB Agong, untuk menghalang penyenaraian FGVH.


Friday, July 13, 2012

Himpunan Oren: Saya tidak terlibat: Tun Abdullah

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka, lapor Bernama.

"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Blog Archive