Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Sunday, July 09, 2017

Bersoraknya Penyokong PKR- Tun Mahathir Sokong Anwar Jadi Perdana Menteri.

Penyokong PKR sempat bergembira selama 48jam akibat kenyataan Tun Dr Mahathir di London, bahawa mantan Perdana Menteri itu menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Harapan dapat menumpaskan Barisan Nasional pada PRU-14 akan datang.

Namun, pada Jumaat di Kuala Lumpur, mantan Perdana Menteri itu menafikan, bahawa beliau menyokong mantan timbalan beliau itu untuk jawatan Perdana Menteri, malah Perdana Menteri terlama negara itu, bertanya semula, bagaimana Anwar boleh menjadi Perdana Menteri, sedangkan mantan TPM itu tidak layak bertanding dalam pilihan raya.

Anwar hanya boleh menjadi Perdana Menteri, pertama, jika mendapat pengampunan dan kedua, bertanding dalam pilihan raya dan perlu menang.

Kerseronokan penyokong PKR, rupanya bagaikan embun pagi, terbit mentari, maka embun menghilang.

Di lain pihak, berasaskan laporan The Guardian, Tun Dr Mahathir mendakwa, bahawa memasukan Anwar ke penjara, kerana kesalahan liwat, merupakan satu tindakan konspirasi. 

Berasaskan laporan itu, dengan kata lain, mantan Perdana Menteri itu, memberitahu rakyat atau negara asing, bahawa sistem kehakiman di negara ini, mudah sangat dimanipulasi, maknanya, menjatuhkan hukuman, bukan berasaskan undang-undang, akan tetapi berasaskan kehendak kerajaan of the day.

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu, menggambarkan, bahawa mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakan undang-undang dalam negera ini, bukan berasaskan undang-undang, akan tetapi berasaskan kehendak kerajaan yang memerintah.

Kenyataan mantan Perdana Menteri itu, jika tidak diluruskan, boleh mengundang kekacauan dalam negara ini, kerana kemungkinan ada rakyat negara ini berfikiran, bahawa sistem kehakiman negara, dilaksanakan oleh mereka-mereka yang bukan meneggakkan undang-undang, walaupun kenyataan itu berimpak sendiri kepada mantan Perdana Menteri itu semasa beliau Perdana Menteri, kerana akan membawa pengertian, semasa Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1998, bukan kerana mantan TPM itu bersalah, akan tetapi berasaskan kesalahan yang dicipta sendiri oleh kerajaan masa itu, dan sistem kehakiman negara mengikut telunjuk kerajaan of the day.

Mantan Perdana itu, memberitahu rakyat negara ini, bahawa kerajaan yang ada pada hari ini, perlu ditukar sepenuhnya, bagi membolehkan semua sistem di overhaul, kerana seluruh sistem adalah salah dan tidak boleh diteruskan.

Pada masa yang sama, mantan Perdana Menteri itu memberitahu rakyat negara ini, bahawa pemerintahan beliau selama 22 tahun, sebenarnya pemerintahan yang menggunakan sistem yang salah, kerana undang-undang yang digunakan bukan berasaskan undang-undang sebenar, akan tetapi undang-undang yang penuh dengan muslihat, semata-mata untuk mempertahankan kerajaan.

Oleh kerana sistem pemerintahan yang beliau warisi mempergunakan sistem pemerintahan yang salah dan bercanggah dengan undang-undang sejagad, maka tiada pilihan, beliau perlu menjadi katalis utama menjatuhkan kerajaan yang beliau warisi. 

Keadaan inilah yang cuba diberitahu oleh mantan Perdana Menteri itu kepada rakyat negara ini, malah beliau memberitahu rakyat dunia, secara tidak langsung bahawa selama ini, sistem pemerintahan Malaysia, bercanggah dengan lunas-lunas bernegara, termasuklah semasa beliau masih berkuasa. 

Demi mengwujudkan sistem pemerintahan yang selari dengan sistem bernegara sepertimana diamalkan oleh negara-negara lain, maka kerajaan yang memerintah Malaysia perlu ditumpaskan. 

Melalui pengakuan mantan Perdana Menteri itu, maka masyarakat dunia perlu membantu pembangkang khususnya pada PRU-14, untuk menewaskan parti Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib Razak, bagi menyelematkan Malaysia dan rakyatnya.

Bagi Tun Dr Mahathir, tiada yang memuaskan hati beliau, selain, menumpaskan Dato Seri Najib Razak, dan cara menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 itu, apabila BN tewas, termasuklah mendakwa sistem pemerintahan yang digunapakai dalam negara ini, seluruhnya dimanipulasi oleh kerajaan of the day.


Friday, July 07, 2017

Benarkah Anwar Ibrahim Dilarang Berpolitik?

Jika benarlah Dato Seri Anwar Ibrahim dilarang berpolitik, bagaimana beliau boleh bertanding pada PRU-13? dan bagaimana pula menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2008?

Anwar dilarang berpoltik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, bermula tahun 1998, dan kehilangan status sebagai wakil rakyat apabila dipenjara. 

Apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003, pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar daripada penjara pada tahun 2004, dan kemudiannya mantan TPM itu bertanding pada PRK Pemantang Pauh pada tahun 2008.

Selama sepenggal, Anwar sebagai ahli Parlimen, dan dilantik pula sebagai Ketua Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat, sehinggalah parlimen dibubarkan.

Pada PRU-13, iaitu Mei 2013, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat (DAP, PKR, Pas) berdepan dengan Parti BN, dan semua kita tahu, bahawa PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Bn 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Rakyat negara ini, masih ingat selepas PRU-13, Anwar mengetuai jelajah rakyat membantah keputusan PRU-13, kononnya PR telah dirampas kemenangannya, kerana mereka menganggap, bahawa mereka menang, kerana mendapat undi popular berbanding Bn.

Oleh kerana jelajah bantahan terhadap keputusan PRU-13, tidak mendapat sambutan, maka keputusan PRU-13 itu kekal sehingga kini, malah pada beberapa PRK selepas PRU itu, pengundi telah berpihak kepada BN, misalannya di PRK Teluk Intan, Perak, kawasan yang dimenangi parti DAP pada PRU-13, berjaya dirampas semula oleh pari BN, demikian juga di PRK Rompin, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, semuanya berpihak pada BN. Sebagai tambahan lagi, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016, parti pembangkang bukan sahaja gagal, akan tetapi gagal mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum itu.

Di mata rakyat Malaysia, Dato Seri Anwar tidak pernah dilarang berpolitik, hanya pihak-pihak luar sahaja menganggap demikian.

Anwar kembali ke penjara, selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadi lelaki beliau, Mohd Saiful Azlan.

Sebelum Anwar didapati bersalah, ruang dan peluang telah diberikan kepada beliau mempertahankan diri, termasuk melibatkan pakar-pakar luar negara, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai anggota pembela, malah salah seorang mantan pendakwa raya juga menjadi anggota pembelaan beliau. Selain itu, mantan TPM itu diberi kelonggaran luar biasa, yang tidak pernah berlaku pada seseorang orang kena tuduh (OKT), kerana mahkamah membenarkan penangguhan lebih 80 kali perbicaraan, kerana maksud kepada semuanya itu, semata-mata untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada beliau mengemukakan alibi, hujah bagi menangkis masalah peribadi beliau dengan bekas pembantu peribadi beliau.

Tuduhan liwat untuk kali ke-2 kepada Anwar, tidak melibatkan sesiapa, kes itu, adalah antara mantan TPM itu dengan bekas pekerjanya. Mahkamah hanya membicarakan hak seorang rakyat Malaysia, yakni Saiful dengan bekas majikannya.

Kerajaan tiada sebarang kepentingan pada tuduhan itu, kerana Saiful sebagai mangsa, hanya sebagai rakyat biasa, tiada kaitan dengan kerajaan, kerana tiada rekod bahawa mangsa itu pernah sebahagian daripada kerajaan.

Jika ada dakwaan, bahawa Anwar dilarang berpolitik, ianya berlaku semasa era Tun Dr Mahathir, bukannya era Dato Seri Najib Razak.

Pada era Dato Seri Najib Razak, Anwar bebas berpolitik, bebas bertanding, malah beliau menggerakan, Gerakan September 2008, kononnya Kerajaan yang dipilih rakyat bakal tumbang, kerana ada 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Malah Anwar pernah menggerakkan Langkah Kajang, untuk menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, namun semua itu tidak menjadi kenyataan, kerana beliau “keburu” dijatuhi hukuman penjara.

Kini, Tun Dr Mahathir cuba mengelirukan rakyat, termasuk dunia luar, apabila mantan PM itu mengatakan, bahawa memenjarakan Anwar bertujuan politik, sepertimana dakwaan beliau melalui surat khabar The Guardian yang ditulis oleh Randeep Ramesh pada 6 Julai 2017.

Dalam artikel itu, Mahathir mendesak agar kerajaan yang ada membebaskan Anwar dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya. Jika itu, tidak berlaku, kalaulah BN berjaya ditumbangkan, maka kerajaan baru (Pakatan Harapan) akan membuat rayuan kepada SPBA, agar Anwar diampunkan, dan seterusnya membolehkan beliau bertanding untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir, boleh membuat kenyataan seumpama itu, kerana beliau tidak mepertaruhkan apa-apa lagi, dan jika boleh beliau akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk “hantu jembalang” bagi memuaskan nafsu beliau, untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib Razak.

Mahathir terlupa, bahawa Dato Seri Najib tidak kesorangan, kerana rekod menunjukkan sekurang-kurang 156 Ketua Bahagaian Umno seluruh negara berpihak kepada beliau, malah seluruh AMT Umno dan pemimpin parti Barisan Nasional berpihak kepada Perdana Menteri ke-6 negara itu.

Tun Mahathir terlupa, bahawa 133 ahli Parlimen BN berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri, termasuklah para Menteri Besar di negeri-negeri yang diperintah BN. 

Mantan Peradana Menteri itu terlupa, bahawa setiap wakil rakyat Bn beserta pemimpin Bn, komited untuk mempertahankan kerajaan Bn, dan sudah tentu daripada segi jumlah, Bn mempunyai jumlah yang lebih ramai berbanding pembangkang.

Tugas Bn mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13, kerana jumlah itu sudah memadai mempertahankan kerajaan, sedangkan pembangkang terpaksa merampas sekurang-kurangnya, 23 kawasan parlimen selain mempertahankan apa yang dimenangi, bagi membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Di atas kertas, mungkin Tun Dr Mahathir menganggapnya mudah, akan tetapi daripada segi pelaksanaannya tidaklah demikian, sebab itu, sejak merdeka, walaupun berbagai usaha pembangkang mahu merampas kerajaan, tidak pernah kesampaian.

Di Malaysia, kekuatan pembangkang sudah berada di puncak pada PRU-13, dan kerana sudah berada dipuncak, maka tidak ada peluang lagi menuju puncak yang lebih tinggi, malah keadaan pembangkang menjunam dengan drastik sekali.

Rakyat sudah ambil maklum, pembangkang bukan boleh membawa rakyat ke era yang cemerlang, akan tetapi lebih bersifat seperti tikus membaiki labu. Ramai rakyat tertipu dengan bunyi guruh di langit, sehingga air di tempayan dicurahkan. Keadaan inilah yang dirasakan rakyat Pulau Pinang dan Selangor.

Saturday, March 07, 2015

#Kitalawan: Sudah Gila Barangkali

NAMA Anwar Ibrahim tidak laku lagi bagi kumpulan #kitalawan, sebaliknya nama Datin Rosmah Mansor isteri perdana Menteri menjadi ikon kepada kumpulan itu.

Lihat sahaja himpunan kecil-kecilan hari ini, kertas yang bertuliskan UNDUR ROSMAH. Datin Rosmah itu jawatan apa?

#kitalawan, kononnya kumpulan pendesak PKR yang mahu Anwar Ibrahim dibebaskan daripada kesalahan jenayah meliwat.

7 Mac 2014, Ketua Pembangkang itu dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan, dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.

Anwar kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Thursday, March 05, 2015

Sabtu Ini: Himpunan Lawan Tetap Lawan- Berkumpul-Ambil Gambar-Pulang

JANGAN bayangkan sokongan tahun 1998, terhadap Anwar, kali ini, hanya terhad kepada segelintir penyokong tegar beliau. Itupun sangat bergantung kepada SOP- berhimpuan- ambil gambar-muat naik facebook-pulang.

Keadaan itu, akan sama berlaku pada Sabtu (7 mac), walaupun himpunan protes itu telah diwar-warkan sejak seminggu.

Himpunan pada Sabtu, kononnya mendesak kerajaan agar membebaskan Anwar yang dipenjara kerana didapati bersalah meliwat.

Belumpun perhimpunan protes itu berlaku, ramai pemimpin Pakatan Rakyat khususnya daripada DAP dan Pas telahpun membayangkan tidak hadir. Nampaknya, himpunan itu, hanya melibatkan pemimpin PKR. 

Pihak polis telah mengumumkan himpunan itu adalah himpunan haram. Jika demikian, maka jika sesiapa yang ditangkap bakal dihadapkan di mahkamah. Kalau bersalah, maka bakal didenda atau penjara. Jika kebetulan wakil rakyat, maka jika denda melebihi RM2,000, maka wakil rakyat itu akan terlucut haknya sebagai wakil rakyat.

Wednesday, March 04, 2015

Siapa Yang Boleh Arah Anwar Hadir Sessi Parlimen?

Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Dalam Negeri tiada kuasa arahkan pihak penjara supaya membenarkan Anwar Ibrahim hadir pada pembukaan sessi parlimen pada 9 Mac. Kerana kuasa itu tiada, maka Anwar tidak akan dapat hadir. Kalau tidak dapat hadir, bagaimana pula acara minum teh dengan SPB Agong?

Hanya melalui pemindahan undang-undang sahaja dengan memberi kuasa kepada speaker dan MDN untuk mengarahkan pihak penjara agar seseorang banduan boleh hadir pada sessi parlimen. 

Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun penjara kerana kesalahan meliwat pada 7 Mac 2014. Hukuman itu dikekalkan oleh mahkamah persekutuan pada 10 Februari lalu.

Keluarga Anwar telah menghantar petisyen pengampunan kepada SPB Agong pada 24 Februari. Melalui petisyen itu, membuatkan Ketua Pembangkang itu tidak terlucut hak sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.

Peguam Anwar, pemimpin PKR, mendesak agar supaya Anwar dibenarkan menghadiri pembukaan sessi Parlimen, kerana beliau masih sebagai wakil rakyat.

Belum pernah berlaku di dunia, seorang banduan hadir pada sessi parlimen. Parlimen adalah tempat mulia, dan tidak wajar dicemari.

Hingga setakat ini, tiada sesiapa yang berkuasa boleh mengarahkan penjara agar membenarkan Anwar hadir sessi Parlimen, kecuali beliau mendapat pengampunan. Akan secepat itu kah proses pengampunan?

Sunday, February 22, 2015

Mahkamah Malaysia Hanya Betul Kalau Menyebelahi Anwar

MAHKAMAH Malaysia tetap dituduh berkonspirasi dengan kerajaan, jika keputusan tidak menyebelahi Anwar. Akan tetapi kalau menyebelahi beliau, maka mahkamah akan disanjung bagaikan mutiara.

Tahun 2012, apabila Mahkamah tinggi membebaskan Anwar berhubung sodomi II, Anwar dan seluruh penyokongnya mengagung-agungkan mahkamah Malaysia, akan tetapi apabila Mahkamah yang sama memenjarakan beliau, maka mahkamah Malaysia menyebelahi syaitan, sedangkan mahkamah yang samalah membebaskan beliau lebih awal pada tahun 2004.

Anwar dan penyokongnya hanya akan berkata mahkamah adil, kalau menyebelahi mereka, namun zalim jika sebaliknya.

Anwar dan penyokongnya, akan menuduh sesiapa sahaja sebagai zalim, jika tidak menguntung mereka. 

Thursday, February 19, 2015

Faktor Sirul dan Anwar- Modal Politik Pembangkang

DUA kes yang membabitkan Sirul dan Anwar sudahpun diputuskan mahkamah, namun saban hari menjadi cerita di berbagai media, baik luar mahupun dalam negeri. Sebabnya, pembangkang tiada modal lain untuk menghentam kerajaan dan pemimpinnya, kerana semua modal retorik mereka sudah terkuak, fintah dan palsu.

Tujuan pembangkang menwar-warkan dua cerita itu, untuk mengumul pendapat umum, agar rakyat terpengaruh dan untuk menimbulkan persepsi bahawa perundangan di negara ini sesungguhnya tidak adil, di mana kononya yang bersalah tidak dihukum, sebaliknya yang bukan itu yang didapati bersalah.

Pembangkang, cuba mempengaruhi rakyat, dengan cerita yang direka-reka, ditokok tambah, kemudian disensasikan. Mereka mempunyai masa yang banyak mereka-reka cerita, kerana mereka itu semua tiada kerja lain, kerana tiada tanggungjawab kepada rakyat.

Wednesday, February 18, 2015

Sodomi II: Sudah Selesai- Tapi Puak2 Anwar Tuduh Ianya Satu Konspirasi

MEMANG benar, sodomi II sudah selesai. Sepatutnya tidak timbul lagi. Tetapi juak-juak Anwar melancarkan MARCH TO FREEDOM, dengan mengguna pakai, kononnya sodomi II merupakan satu konspirasi.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya yang mempunyai dokumen itu kerana terlibat semasa perbicaraan rayuan di Mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan perlu memberikan fakta-fakta, agar supaya rakyat jangan terkeliru dengan dakwaan juak-juak Anwar. Shafee mempunyai tugas moral untuk memberitahu, agar supaya, ianya adil kepada semua pihak.

Bayangkan selama 6 tahun, juak-juak Anwar menjajah, bahawa sodomi II merupakan satu konspirasi, sedangkan Umno dan Kerajaan ataupun pihak pendakwaraya, tiada kesempatan untuk memperjelaskan duduk perkara, kerana kes masih di peringkat mahkamah. Jika pihak pendakwa raya atau kerajaan membuat apa-apa penjelasan berkaitan perkara itu, sudah pasti dituduh oleh juak-juak Anwar sebagai mempengaruhi mahkamah ataupun menghina mahkamah.

Kini, sodomi II sudah selesai, namun percakapan mengenainya tidak selesai, kerana juak-juak Anwar masih berpegang teguh kepada anggapan, bahawa sodomi II merupakan satu konspirasi.

Di mahkamah, tiada seorangpun peguam Anwar atau Anwar sendiri membantah berkaitan fakta kes, melainkan mereka hanya berhujah, semua itu merupakan satu konspirasi. Mahkamah Persekutuan, sebulat suara mendapati, bahawa tiada unsur konspirasi, akan tetapi dapatan itu, dibuang jauh-jauh oleh para juak Anwar.

Pihak Kerajaan selama ini yang terpaksa memendam rasa untuk menjawab, kini perlu memperjelaskan kepada rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Berdiam diri, boleh membuat rakyat terutama yang di atas pagar akan percaya, bahawa sodomi II merupakan konsiprasi.

Terserah kepada rakyat, untuk menilai, penjelasan kerajaan atau dakwaan pembangkang yang mereka percaya. Tetapi yang jelas, Anwar kini meringuk dalam penjara Sungai Buloh.

Homo Kategori Anwar Merbahaya: Shafee

HOMO kategori Anwar sangat bahaya, kerana sifatnya yang tersembunyi. Naruli seks Ketua Pembangkang itu, berisfat multi seks, ertinya minat juga pada perempuan. Homo bersifat terbuka, tidaklah sangat bahaya kerana tidak menyembunyi perlakuan itu.

Jenis Homo yang dimiliki Anwar boleh dipergunakan oleh pihak lawan. Bayangkan, jika Anwar merupakan Perdana Menteri, dan ada pihak tertentu yang mahu sesuatu pada negara, misalnya, urusan persenjataan, atau urusan kedaulatan negara, Pihak tersebut, boleh mengunakan sifat tersembunyi Anwar itu sebagai modal untuk mengugut.

Anwar memang mempunyai naruli biseksual, kerana terbukti, beliau mempunyai anak, juga beliau mempunyai video seks melanggan pelacur. Juga melalui sodomi I- ramai lelaki disebut menjadi mangsa.

Perlakuan seks antara individu memang merupakan rahsia antara ke dua pelaku. Jika kedua-duanya mediamkan perlakuan itu, maka tiada sesiapa yang mengetahuinya. Kalau hubungan seks antara lelaki dan wanita, hanya boleh diketahui, kalau wanita itu mengandung, kalau seks senantiasa menggunakan kondom, maka selagi kedua-dua pelaku berdiam atau tidak tertangkap basah, selagi itu tidak akan diketahui manusia.

Sodomi II, tidak akan diketahui umum, jika Saiful tidak membuat aduan. 8 kali dia disodomi, hanya berdiam diri. Atas sebab tidak tahan lagi disodomi, maka dia membuat laporan selepas disodomi pada 26 jun 2008. laporan itu, menjebloskan Anwar ke dalam penjara, selang 7 tahun kemudian.

Perbicaraan sodomi II, terlalu panjang dan membosankan. lebih 70 kali penangguhan. Selama itu juga Anwar dan penyokongnya bebas membelasah kerajaan dan parti Umno serta para pemimpin parti itu, kononnya sodomi II adalah perbuatan konspirasi, menjatuhkan Anwar.

Sepatutnya, perkataan konspirasi tidak boleh diguna oleh Anwar, kerana konspirasi lajimnya hanya digunakan untuk menjatuhkan pihak yang berkuasa. 

Saiful bukan siapa-siapa. Tiada yang mengenali mangsa itu. Saiful adalah pegawai Anwar sendiri. Orang kepercayaan beliau, atas sebab itu, kerap di bawa melawat ke luar negara, diberikan bilik khas dan tinggal bersama Anwar di hotel yang sama.

Seorang pesalah, akan berusaha untuk mengelak. Namun bagi kes sodomi II, Anwar terlalu sukar mengelak fakta kes, atas sebab sepanjang 6 tahun, baik Anwar mahupun para peguam beliau, enggan bercakap berkaitan kes, sebaliknya menumpukan kepada KONSPIRASI POLITIK. 

Kata orang, manusia boleh merancang, akan tetapi Tuhan juga yang menentukan. Anwar dan barisan peguamnya sudah merancang dengan rapi, akan tetapi kecundang juga, kerana kebenaran akan senantiasa menang.

Tuesday, February 17, 2015

Lepas Anwar Masuk Penjara- Timbul Pula Jawatan TPM

SELEPAS Nurul Izzah-anak papa, kini si jambu pula Rafizi Ramli, mengaku, bahawa Anwar ditawarkan jawatan TPM selepas PRU-13, malah ditambah lagi dengan 4 jawatan kabinet. Cuba, kira-kira apa untungnya Najib tawarkan jawatan itu? Bn mmenang dengan kelebihan 58 kerusi berbanding Pakatan Rakyat. Bn selesa membentuk kerajaan, cuma, tiada kuasa 2/3 di dewan rakyat. Zaman sekarang ini, sesebuah kerajaan yang dibentuk tidak perlulah kuasa 2/3, sebaliknya hanya cukup dengan kuasa kelebihan yang ada.

Oleh kerana tiada isu yang boleh diputar belit, dan untuk menutup aib Anwar, maka dibuat-buat cerita yang tidak masuk akal.

Sakit Belakang Anwar- Senjata Diguna Pencacai Anwar

STARATEGI Anwar adalah menggunakan SAKIT BELAKANG untuk meminta simpati, seperti mana yang beliau lakukan pada 1998-2001. 

Melalui Reformasi 1.0 yang bermula tahun 1998, para pencacai Anwar mempergunakan strategi sakit belakang, sebagai pemudah cara untuk menarik simpati.

Pada musim reformasi 1.0, Anwar mendapat simpati daripada penyokong Pas, atas sebab itu, setiap perbicaraan mahkamah, puluhan ribu penyokong Pas berbondong-bondong di mahkmah, namun pada akhir-akhir ini, sokongan penyokong Pas sangat berkurangan, atas sebab itu, pada 10 Februari lalu, hanya kira-kira 1000 penyokong beliau berkumpul di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Anwar sebenarnya tahu bahawa beliau bakal bersalah berdepan dengan sodomi II, atas sebab itu pada mulanya beliau bersetuju meminta suaka politik daripada negara luar, namun seminggu sebelum 10 Februari, beliau membuat keputusan tidak mahu menerima tawaran suaka politik, akan tetapi lebih suka masuk penjara, untuk menggerakan Reformasi 2.

Salah satu langkah Anwar, menubuhkan pesaing dalam PAS melalui PasMa, jika sekiranya beliau gagal menerima sokongan daripada Pas. PasMa, DAP, dan PKR akan menjadi tulang belakang reformasi 2.0

March To Freedom yang dilancarkan keluarga Anwar yang diketuai anak kedua Anwar- Nurul Nuha, malah salah seorang pemimpin Pas Dr Hatta Ramli dilantik sebagai Pengarah Strategi untuk luar negara.

Menurut hemat Anwar dan para strtegis beliau, kononnya Pakatan Rakyat akan lebih mudah menawan Putrajaya, jika Anwar dalam penjara, atas sebab Presiden PKR, yang juga isteri kepada Anwar mempergunakan istilah ANWAR BEKORBAN MASUK PENJARA DEMI RAKYAT. Walaupun istilah itu, dikalangan anti Anwar, tidak membawa kesan apa-apa, atas sebab tidak sedikitpun menampakkan, bahawa Anwar melakukan pengorbanan.

Anwar Dalam Penjara- N Surendran Dan Latheefa Koya Yang Menyibuk

ANWAR yang masuk penjara, N Surendran dan Latheefa Koya pula yang menyibuk. Mereka berdua ini cuba menggambarkan, bahawa Anwar tidak nyenak tidur sebab tilam hanya 2 inci, susah buang air kerana tandas berbentuk mencangkung, susah mandi kerana hanya pakai air dari baldi, susah menulis kerana tiada kerusi dan meja, tidak dapat tenggok CNN kerana tiada TV, tidak dapat tweet kerana tiada handphone, tidak dapat jalan-jalan kerana dihalang tirai besi.

Kalau dalam penjara seperti bilik hotel lima bintang, maka beramai-ramai orang masuk penjara. Penjara adalah satu tempat yang hanya menyediakan asas minima bagi keperluan banduan, kerana penjara adalah tempat untuk bermuhasabah diri dan menyesali tindakan yang melanggar undang-undang, selain berserah diri pada Allah untuk meminta keampunan.

Betapa ramai penyokong Anwar tidak percaya, bahawa pemimpin mereka melakukan jenayah, tetapi lagi ramai yang percaya bahawa pemimpin pembangkang itu melakukan kesalahan jenayah.

Tujuh tahun diberikan kepada Anwar membela diri, dengan barisan peguam yang ramai dan handal-handal. Ambilah iktibar, bahawa manusia hanya boleh merancang, Allah juga yang menentukan. Mereka yang mempertikai jatuhnya hukuman kepada Anwar, seolah-olah mempertikai ketentuan Allah S.W.T. Tiada manusia yang terlepas daripada ketentuan Allah, termasuk juga lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan 5 tahun penjara yang dikenakan mahkamah itu kepada Anwar pada 7 Mac 2014.

Selama 7 tahun peluang diberikan kepada Anwar dan para peguam beliau, akan tetapi tiada seorangpun daripada mereka mempertikai fakta kes, iaitu DNA yang terdapat pada sperma yang diambil daripada dubur mangsa, bukan milik tertuduh.

Selama 7 tahun diberikan peluang, tiada seorangpun daripada peguam Anwar dan para peguam beliau menafikan, bahawa sosok tubuh yang terdapat dalam CCTV di Kondominum di mana perlakuan seks luar tabii itu berlaku bukan Anwar. Tidak sama dengan video seks yang didedahkan Trio Datuk T, di mana Anwar boleh-boleh mengatakan bahawa pelaku itu bukan beliau, melainkan seseorang yang menyerupai beliau.

Monday, February 16, 2015

Anwar Kurus Kering Sudah

OLEH kerana berat Anwar susut drastik, maka keadaan beliau sekarang seperti pada gambar (bukan gambar sebenar tetapi gambar khayalan).

Menurut Nurul Izzah, anak sulung Anwar, papanya kini mengalami sakit pinggang yang kronik, tidak dapat tidur kerana diganggu lipas, tidak dapat makan, kerana kurang selera, lagipun makanan, tidak sesuai dengan kesukaan papanya. Seharusnya ada sekodok atau karipap, akan tetapi jenis makanan itu bukan menu penjara.

Apa Pengorbanan Anwar?

SEINGAT AYT pengorbanan Anwar, hanya menabur fitnah. Bermula zaman pelajar lagi, Anwar telah mengambil pendekatan fitnah sebagai unsur perjuangan. Kemampuan beliau memutar belit isu, kemampuan beliau bertukar-tukar wajah dan perlakuan, membuatkan orang yang kurang berfikir jatuh percaya.

Bermula dengan kejadian baling pada tahun 1974, yang diputar belit Anwar, kononnya berlaku kelaparan di perkampungan di Baling. Kalaulah masa itu berlaku pada hari ini, mungkin cepat dijawab dan dinafikan, kerana kemudahan saluran maklumat.

Semasa Anwar menjadi pemimpin negara 1982-1998, terlalu ramai yang terperangkap dengan Anwar terutama pemimpin muda Umno, malah pada tahun 1993, ramai Ketua Bahagian terperangkap dengan tindakannya semasa merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Melalui Team wawasan, sebahagian besar Ketua bahagian Umno seluruh negara terperangkap dengan mainan beliau. 

Allah, belum mengizinkan, seseorang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin nombor satu negara, walaupun beberapa kali, Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir berkali-kali menyatakan bahawa Anwarlah pengganti beliau, malah dengan pasti Dr Mahathir mengatakan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas Sukan Komonwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

Manusia hanya boleh merancang, Allah juga yang menentukan. Sebelum sukan itu bermula, Anwar dipecat daripada semua jawatan, samada daripada kerajaan mahupun parti. 

Bermula dari masa itulah, Anwar memasang dendam luar biasa kepada semua pemimpin kerajaan, sehingga tertubuhnya parti keAdilan yang berlambangkan mata, ekoran tercederanya mata beliau, ketika berada dalam lokap polis, kerana ditumbuk oleh Ketua Polis Negara pada masa itu.

Anwar berlakon sepanjang masa. Ketika dalam penjara, apabila sahaja terdedah sosok tubuhnya kepada khyalak ramai, Anwar bagaikan bangkai bernyawa, tidak mampu bergerak, berdiri terpaksa dibantu, berjalan terpaksa dipapa, leher berbalut. Semua itu hanya sandiwara semata-mata.

Selepas keluar daripada penjara pada tahun 2004, daripada keadaan seperti bangkai bernyawa, Anwar kembali sihat dan segar, malah dikatakan terlibat dengan kegiatan seks luar tabii dan chinadoll. 

Pada Pru-13, kembali kegemaran beliau membuat fitnah, apabila diambang pembuangan undi, beliau isukan, bahawa Bn membawa 40,000 pengundi Bangla untuk mengundi pada PRU itu. Malah, semasa pengiraan undi, disebarkan, bahawa SPR menipu, dengan berbagai rakaman jangka pendek, bahawa dalam keadaan lampu padam, SPR mengira undi, kononnya untuk memenangkan Bn.

Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, berhubungan rakaman video perlakuan seks Anwar dengan chinadoll, tidak menjatuhkan Ketua Pembangkang itu, namun kerana kali-9 seks luar tabii yang berlaku pada 26 jun 2008 di sebuah kondominum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, menjebloskan semula papa kepada Nurul Izzah itu ke dalam penjara Sungai Buloh untuk tempoh 5 tahun, bermula 10 Februari.

Apa pengorbanan Anwar? Pengorbanan beliau, hanya menjadikan DAP parti kuat, dan menjadikan negara belasahan dunia luar terutama berkaitan kehakiman, kerana memang barat tidak dapat menerima, seseorang yang melakukan seks sejenis dihukum, kerana di negara-negara mereka, memang bukan satu kesalahan, malah dibolehkan berkahwin.

Sunday, February 15, 2015

Baru Lima Hari- Anwar Sakit Belakang Kronik

Anwar mengalami sakit belakang yang kronik. Susut berat badan. Tidak dapat tidur kerana dirabah lipas. Itulah pengakuan Nurul Izzah dan Nurul Nuha-anak2 Anwar. Berkaitan sakit belakang cuba lihat caption pada caption.

Anwar Ditawar TPM Pula Dah

CERITA terbaru daripada anak sulung Anwar-Nurul Izzah, papanya kononnya ditawarkan Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) selepas PRU-13.

Anwar konon tolak mentah-mentah, kerana setia kepada Pakatan Rakyat. Cerita dogeng.

Mengapa Semua Peguam Anwar Tidak Menolak Fakta Kes Sodomi II?

SATU kenyataan daripada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sepanjang kes sodomi II yang dibicarakan hampir 7 tahun, tiada seorangpun daripada peguam Anwar (14 orang) menolak fakta kes, iaitu DNA Anwar. Erinya, semua peguam menerima bahawa DNA yang ditemuai benar DNA Ketua Pembangkang itu.

Bagaimana DNA Anwar diperolehi, sedangkan beliau tidak pernah memberikan sampel DNA atau air mani? 

Sebelum Anwar ditangkap pada julai 2008, Mohd Saiful Bukahri Azlan terlebih dahulu memberikan DNA. Dalam pemeriksaan ahli kimia, didapati ada sperma dalam dubur. Daripada sperma itu dianalisis, maka ditemukan DNA lelaki Y.

Selepas Anwar ditahan, barang-barang yang beliau gunakan semasa dalam lockup polis, yang beliau tinggalkan, dianalisis, kemudian DNA itu sepadan dengan DNA lelaki Y yang dijumpai oleh ahli kimia yang berbeza.

Mungkin atas sebab, Anwar memang melakukan seks luar tabii terhadap mangsa, adalah penyebab utama mengapa tiada seorangpun peguam beliau menafikan bahawa DNA itu bukan milik orang kena tuduh, malah Anwar sendiripun tidak pernah menafikan bahawa DNA lelaki Y itu bukan dirinya.

Apa yang berlaku, sepanjang perbicaraan, peguam Anwar hanya mempersoalkan bagaimana DNA itu diperolehi, bagaimana DNA itu dianalisis, malah mempersoalkan kewibawaan Jabatan kimia, termasuk kakitangan jabatan itu.

Sepanjang perbicaraan, para peguam Anwar mengelak berbicara berkaitan fakta kes. Mereka hanya berlegar-legar berkaitan cara dan analisa.

Anwar dihukum penjara selama 5 tahun bermula 10 februari 2015, apabila Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Anwar didapati bersalah, kerana meliwat pembantu peribadinya seseorang lelaki pada 26 jun 2008 di sebuah kondominum, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara pukul 3.01-4.30 petang. Kejadian pada hari itu merupakan kali ke-9 mangsa diliwat.

Hanya Tiga Hari Dalam Penjara- Anwar Sudah Kurus Kering

HANYA tiga hari dalam penjara- Anwar Ibrahim sudah kurus kering, demikian kata anak sulung beliau Nurul Izzah yang juga MP Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Meneurut Izzah, bapanya kalau di berada dalam penjara suka berpuasa. Kerana berpuasa, maka dalam tempoh tiga hari sahaja, Ketua Pembangkang itu kurus kering.

Tidak tahulah, bagaimana bentuk badan dan berat beliau, dalam masa 5 tahun kurang 3 hari, mungkin seperti cicak kubin.

Anwar belum berlakon lagi. Pada musim pertama masuk penjara, lakonan utama beliau, leher bergap, naik kerusi roda.

Siapa Kata Orang Ramai Minta Anwar Bebas? Nurul Izzah Kata

Nurul Izzah
YANG kata Orang ramai minta Anwar bebas, Nurui Izzah, Nik Nazmi, Adam Adli. Selain itu, pencacai mereka. Selepas daripada itu, sudah tentu keluarga Anwar. 

Malaysia ada 30 juta rakyat, jumlah mereka itu entah berapa peratus. Belum layak menggunakan istilah orang ramai. Seharusnya, mereka menggunakan istilah- kami penyokong Anwar mahu beliau bebas. Kami tak kisah pemimpin kami mempunyai selera mengikut kaum Luth. Walaupun Allah laknat kaum itu, itu zaman dulu, bukan zaman ini. Kini, sudah biasa perkahwinan antara lelaki. Elton John masih hidup, takpun mati-mati.

Anwar untuk kali ke dua kembali ke Sungai Buloh pada 10 Februari kerana kesalahan yang sama, melakukan seks luar tabii.

Penyokong Anwar, saban malam berkampung di depan penjara menyalahkan lilin, perlakuan mereka sama dengan perlakuan pengamal LBGT.

Saturday, February 14, 2015

Majlis Peguam Mahu Anwar Dipenjara Lebih Lama

MAJLIS PEGUAM berpendapat, seharusnya Anwar Ibrahim didakwa menggunakan seksyen 377C Kanun Jenayah berbanding Seksyen 377B. Seksyen 377C membawa hukuman minima 5 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 377B tiada hukuman minima.

Anwar dihukum 5 tahun penjara berasaskan seksyen 377B pada 7 Mac 2014 dan hukuman itu dikekalkan pada 10 Februari 2015 oleh Mahkamah Persekutuan.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, seharusnya pendakwaraya menuduh Anwar berasaskan Seksyen 377C, bukannya 377B.

Asas kepada kenyataan itu Presiden Peguam itu, kononnya Seksyen 377B jarang digunakan.

Berhubungan dakwaan Majlis Peguam itu, Peguam Negara menafikan dakwaan itu, kerana menurut beliau Seksyen 377B adalah seksyen yang biasa digunakan oleh pendakwaraya, misalnya antara tahun 2010-2014, sebanyak 171 kes, untuk tahun 2014 sahaja 34 kes menggunakan seksyen itu. Memang menurut Tan Sri Gani Patail, daripada segi jumlah, Seksyen 377C, lebih banyak digunakan, untuk tempoh masa yang sama sebanyak 489 kes atau purata 97 kes tahun.

Seksyen 377B membawa pengertian-Perlakuan seks luar tabii atas dasar suka sama suka atau sebaliknya, akan tetapi 377C- hubungan seks luar tabii dengan paksaan dan tanpa rela.

Majlis Peguam yang mahukan agar Anwar dikenakan tuduhan melalui Seksyen 377C untuk menggambarkan seolah-olah Ketua Pembangkang itu seseorang yang rakus atau gila seks.

Blog Archive