Showing posts with label Amok di Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Amok di Putrajaya. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Amuk Putrajaya: Muhdalina didakwa

PUTRAJAYA - Muhdalina Ahmad yang mengamuk bersama rakannya, Khalil Afandi Abd Hamid, di kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Isnin lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Khalil Afandi terbunuh selepas dia ditembak oleh polis ketika kejadian.

Muhdalina yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Putrajaya, didakwa bertindak mengugut seorang pegawai polis dengan menggunakan pedang samurai.

Dia juga dikenakan tuduhan membawa pedang samurai.

Muhdalina didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Presint 1, kira-kira jam 2.30 petang 9 Julai lalu.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan wang jamin RM5,000 bagi setiap kesalahan. Kes itu akan disebut semula pada 29 Ogos ini.

Thursday, July 12, 2012

Bukti Penyerang Bersamurai "Imam Mahadi" Pro Pembangkang


Alamak... ini sudah lain macam, rupa-rupanya kedua-dua individu yang mengamuk di Komplek B JPM Isnin lalu dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.

Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah  mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

"Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya dipetik dari Utusan.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai.

Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena se-das tembakan yang dilepaskan oleh polis.

Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat.

Ditanya adakah polis sudah memanggil dan mengambil keterangan pasangan kedua-dua suspek, Chin Wah berkata, polis akan siasat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis sedang mengesan seorang individu yang namanya disebut berulang kali dalam blog dan juga Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, lelaki itu akan disiasat sama ada dia turut mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

"Kita akan siasat kes ini secara menyeluruh termasuk kandungan blog yang ada hubungan dengan lelaki itu (Khalil) dan juga mereka yang namanya dinyatakan dalam blog itu," katanya.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat oleh Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan untuk tawan negara dan dunia bersama individu itu.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, lelaki terbabit dalam blog yang sama turut membuat pengakuan terbuka yang disertakan nama dan nombor kad pengenalannya mengakui bahawa dia "akan sentiasa bersama dengan Khalil hadapi satu pertembungan yang pasti berlaku antara kami dengan Dajal."

Dalam salah satu akaun Facebook Khalil, turut dipaparkan gambar yang dinyatakan sebagai gambar mereka berdua dengan komen yang bermotif perjuangan untuk menakluk negara.

Selain mereka berdua, ada beberapa individu lain yang turut menghantar kenyataan dalam laman blog itu namun hanya menggunakan nama samaran.

BERITA SEBELUM INI

Amuk di JPM: Misteri-misteri yang belum dirungkai...

Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu. Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua, Khalil Afandi Hamid dan Muhdalina Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya.

Kalau tengok dari facebook Kamal Afandi, dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa, antara sekolah asrama penuh terbaik negara. Dan Muhdalina pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil, yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...".

Pelik memang pelik, macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu. Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai. Masuk akal ke?

Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian.

Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental.

Bagi yang rajin seach itu ini dalam internet, jumpa blog Kamal Afandi, jayanegara1234.blogspot.com, sekali baca pun kita tahu, ada benda yang tidak kena dengan mamat ini.

Dari cara dia tulis blog yang baru buka Mei lalu itu, Kamal rasa macam dia adalah 'The Chosen One'. Dia suka tengok filem sains fiksyen The Matrix dan beberapa lagi filem yang berkisar kepada kisah kepahlawanan seperti Highlander. 

Dalam blog itu, tulisannya sukar difahami dan melompat-lompat, mengambarkan 'state of mind' penulisnya. Semua pemimpin politik dia kutuk, PAS ke UMNO ke, termasuk mufti dan raja. Tulisannya mengutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang katanya tinggal di rumah besar dan juga pemimpin PAS Datuk Dr Harun Din kerana memiliki kereta jenis Mercedes.

Kamal yang berasal dari Kampung Lindungan Jaya PJS Selangor semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, tiada saudara mara yang menghadiri pengkebumian tersebut, kerana dilarang oleh isterinya. Motif larangan tidak pulak diketahui kenapa. Jadinya, jenazah beliau disempurnakan oleh pihak polis dengan bantuan kakitangan UPM.

Sementara itu, Muhdalina yang kini masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan yang mendakwa Imam Mahadi.

“Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalina tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Muhdalina dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalina cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.

Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.

“Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Harap-harap banyak mesteri ini terungkai secepat mungkin supaya kita faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga jadi yang yang terlah terjadi di Komplek B JPM Isnin lalu.

Ini antara kisah terbaru lelaki dan wanita mengamuk di JPM...tulisan terakhir di blog tajuk...hidup dan mati

Misteri kejadian lelaki dan wanita yang mengamuk guna pedang samurai di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya jam 2.30 petang Isnin yang mengejutkan makin terungkai sedikit demi sedikit.

Ini ada kali pertama dalam sejarah negara ada orang bertindak sebegitu di perkarangan sebuah bangunan pentabiran negara.Ramai yang bingung dan tertanya-tanya apa halnya kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Selasa lelaki yang mati , Khalil Afandi Hamid setelah cedera ditembak polis dan pasangannya,wanita , Muhdalina Ahmad yang mengamuk itu dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.

Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.

Beliau bagaimanapun kata kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak buat spekulasi.

Menurut Salleh polis terpaksa lepaskan tembakan dalam kejadian itu dalam usaha pertahankan diri.

Beliau juga berkata polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa mereka ke Kompleks B,JPM yang terletak sebelah jalan tidak jauh dari kompleks utama JPM yakni Perdan Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri

Sebelum ini dilaporkan Mereka berdua bukan pasangan suami isteri dan dipercayai kenal satu sama lain sekitar seminggu menerusi laman sembang.

Sementara itu laman blog dipercayai milik lelaki yang mengamuk ituhttp://www.jayanegara1234.blogspot.com telah menarik perhatian ramai.

Tulisannya terakhir di blog berkenaan pada 30 Jun lalu bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.

Melayari blog berkenaan didapati tulisannya yang agak sukar difahami dan memneningkan menyentuh soal agama dan sebagainya memberi gambaran tentang dirinya.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam posting di facebooknya mengenai kejadian amuk itu memberitahu polis kini sedang menyiasat motif, kaitan serta perancangan lelaki dan wanita itu.

"Beri mereka masa untuk buat kerja,’’ katanya.

Serentak dengan itu beliau memberi jaminan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri.

Sementara itu Ahmad Adam ,bapa kepada Muhdalina, wanita yang mengamuk itu memberitahu dia menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dua hari lepas. 

Penjual nasi lemak berumur 55 tahun, itu berkata, anaknya meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya, setahunya Muhdalina , anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Utara,Pelabuhan Klang tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya Selasa.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," kata Ahmad sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Muhdalina ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibunya ,Siti Marliah Marjunit berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".

Katanya anaknya tinggal di Klang.

Ahmad dan Siti Marliah belum dapat menemui Muhdalina kerana polis masih belum ambil keterangan darinya lagi.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati Muhdalina yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu suaminya yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi.

Wednesday, July 11, 2012

Amok Putrajaya: Polis sudah kenal pasti individu hantar "Imam Mahadi"

Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Khalil dipercayaai seorang pro pembangkang, apabila mengikuti blognya jayanegara1234.blogspot.com yang hanya beroperasi Mei lalu.

Pasangan Khalil yang dikenali sebagai Muhdalina Ahmad merupakan surirumah beranak dua, dan masih bersuami.

Amok Putrajaya: Benarkah Pukau menguasai Muhdalina?

SURIRUMAH yang terlibat bersama Khalil Afandi Hamid mengamok di Kompleks B Putrajaya dua hari lalu dikatakan berkelakuan pelik, sejurus terkait dengan lelaki itu.

Walaupun perkenalan mereka hanya seminggu, menurut suami wanita itu yang mahu dikenali sebagai Yusof seorang pemandu-isterinya- Muhdalina Ahmad, 28 seorang graduan UIA dan beranak dua sangat obses terhadap lelaki itu.

Walaupun  mereka  berhubungan melalui blog dan talian, kelakuan pelik Muhdalina semakin menjadi-jadi.

Sebenarnya, baik suaminya mahupun ibubapa kepada surirumah itu, tidak mengetahui tindakan anak kedua mereka itu; sehinggalah mereka diberitahu dan diminta untuk melawat anak mereka itu di Hospital Putrajaya, kerana cedera, kesan tembakan tiga das polis, di mana sedas mengenai Muhdalina, manakala dua das lagi mengenai Khalil.

Pada kejadian kira-kira 2.30 petang pada Isnin, dipercayai Khalil dan Muhdalina dihantar oleh sebuah kereta di lokasi Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, membawa samurai yang bertuliskan jawi dan parang pemotong daging.

Sebelum ditembak, Khalil sempat meletakan samurai ke leher salah seorang polis bantuan di pondok keselamatan di Kompleks itu, sebelum memasuki kawasan. Mereka juga sempat merosakan beberapa kenderaan kakitangan JPM sebelum, berjaya ditembak polis peronda.

Sebelum menembak mereka, polis telah berusaha untuk menenangkan mereka, namun kerana kesurupan, sambil melaungkan, beliau adalah IMAM MAHADI melibas-libaskan samurai ke arah polis. Untuk mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah bawah tubuh badan mereka, namun, malang bagi Khalil, kerana pendarahan yang banyak, dia mati di Hospital.

Pihak polis dengan cepat mengesahkan bahawa Khalil, merupakan penghidap mental- mungkin kenyataan itu            
mempunyai kebenaran, kerana jika membaca blog mangsa melalui www.jayanegara1234.blogspot.com, tulisan mangsa berubah-ubah, seolah tidak mempunyai matalamat dalam penulisan.

Hanya mereka yang mempunyai sakit mental sahaja berani bertindak, sepertimana yang dilakukan oleh Khalil; kerana jika ianya ada kaitan dengan ajaran sesat, biasanya tindakan akan dilakukan secara berkumpulan, umpamanya -kumpulan al-mauna, kumpulan ibrahim libya di mamali kedah.

Penglibatan Muhdalina, mungkin juga dia dipukau atau dia juga menghadapi sakit mental; sesuai dengan pengakuan keluarganya, bahawa dia berhenti sebagai penolong pengurus di syarikat swasta, tanpa memberitahu keluarganya.

Tuesday, July 10, 2012

Amok Putrajaya: Rupanya blogger pro pembangkang

Lelaki yang mati ditembak di Putrajaya semalam kerana mengamok menggunakan samurai adalah seorang blogger Pro-Pembangkang. Ikuti blognya di sini

Lelaki itu yang mengangku sebagai Imam Mahadi seorang penganggur ditemani dua wanita semasa kejadian itu.

Difahamkan, sibelum polis melepaskan tiga das tembakan yang mengenai kaki dan ari-ari mangsa, mangsa sudah kesurupan, dan tidak boleh dikawal lagi. suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Amok di Putrajaya-Apa Motifnya?

Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Pejabat Perdana Menteri terletak di Kompleks A.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.

“Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan. Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.”

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya “Imam Mahadi” manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas. Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan.

Blog Archive