Friday, November 17, 2023

PRN17 SABAH: GRS DAN RAKAN PARTI BAKAL MENANG BESAR

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi komponen gabungan itu, Gagasan Rakyat mempunyai potensi menang di seluruh DUN Parlimen Papar, Kimanis, Beaufort dan Pensiangan pada PRN17 akan datang. Kawasan empat parlimen tersebut mempunyai 10 kawasan DUN.

Pada masa ini, hanya dua DUN tidak dikuasai GRS, iaitu Pantai Manis dan Bongawan .

GRS hanya memerlukan 37/73 untuk kekal sebagai kerajaan negeri. Oleh kerana 10 DUN di empat parlimen tersebut, boleh dimenangi GRS menerusi kepimpinan Datuk Dr Arifin Arif, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Abdul Ghani Yassin dan Datuk Isnin Aliasnih, kemudian dibantu pemimpin lain antaranya Datuk Azizah Dun Banir, Datuk Rahim Ismail, serta para pemimpin parti komponen Gabungan.

Menerusi kemenangan mutlak tersebut, maka hanya memerlukankan 27 kawasan DUN lagi daripada 63. Kawasan yang dipimpin Ketua Menteri, sudah pasti menyumbang 4 kerusi, wilayah Timbalan Presiden Gagasan menyumbang 3 kerusi, wilayah PBS dan STAR, 14 kerusi, Zon Tawau dan Kalabakan 6 kerusi, maka betul lah kata-kata Naib Presiden III Gagasan, Datuk Masiung Banah, sebelum ayam berkokok selepas peti undi ditutup, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sudah boleh menghadap Tuan Yang Terutama Negeri Sabah untuk mengangkat sumpah.

Jumlah kerusi yang disenaraikan belum mengambilkira kerusi-kerusi sumbangan parti sahabat daripada Pakatan Harapan (PH). Jika diambil kira, termasuk kerusi-kerusi yang berpontensi dirampas, GRS bersama rakan parti bakal mempunyai sokongan 2/3.
Penulis melihat berasaskan perkembangan politik Sabah, GRS bakal mendapat sokongan besar pada PRN17, walaupun ada beberapa kerusi di Parlimen Semporna dan Lahad Datu nyaris-nyaris dirampas.

Parti yang dilihat hanya menyertai PRN17 untuk meraikan pesta demokrasi, antara lain Umno Sabah, dan KDM. Jika jangkaan ini betul, maka menjadi sejarah hitam bagi Umno Sabah sejak memasuki Sabah pada tahun 1990, tidak menang sebarang kerusi.

Para pemimpin GRS kena ingat, kemenangan itu tidak datang bergolek, akan tetapi menerusi kerja keras.

Bermula daripada sekarang, perlu memantapkan dan memperkemas jentera, bekerja berpasukan, jangan leka, hindari sebarang isu yang melemahkan pasukan. Jika semua ini “TipTop” maka hasrat menang besar, akan dapat direalisasikan.

No comments:

Blog Archive