Sunday, November 19, 2023

KERJASAMA DENGAN WARISAN-BUNG TIDAK YAKIN SOKONGAN RAKYAT

PADA pilihan raya negeri (PRN) September 2020, Umno bertanding 31/73 dan menang 14/31 (45.2 peratus).

Pada PRN itu, Umno bersama BN, mahu menubuhkan kerajaan bersendirian kerana bertanding 43/73, lebih separuh kerusi DUN Sabah. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian apabila hanya Umno yang menang kerusi.

Oleh kerana Umno, bekerjasama dengan GRS dan PBS menghadapi PRN itu, maka menjadi sebahagian daripada kerajaan GRS-BN. Pada PRN itu, GRS-BN menang 38/73, berbanding Warisan Plus 32/73 (termasuk ADUN DAP,PKR dan UPKO).

Melihat penolakan rakyat terhadap UMNO pada PRN2023 di enam negeri di Semenanjung, apabila hanya menang 19/108 kerusi (17.6 peratus), maka Bung terpaksa mencontohi pendekatan PRN16, dan kali ini akan menjadikan Parti Warisan dan PKDM sebagai kuda tunggangan untuk mencapai hasrat mendapat kuasa.

Antara Umno Sabah dan Warisan saling memerlukan, kerana kedua-kedua parti itu menunju parti matahari terbenam.

Bung dan Shafie berteori, apabila dua parti itu bekerjasama, maka campuran penyokong parti itu boleh menghasilkan undi yang cukup untuk menang. Sedangkan teori mereka tersasar jauh, kerjasama dua parti itu pada hakikatnya penyokong masing-masing akan menjauh/menolak.

Betul, Bung menjilat kahak sendiri kerana sanggup bekerjasama dengan Shafie, demikian juga Shafie sanggup menjilat kahak sendiri, akan tetapi tidak semestinya penyokong parti juga sanggup menjilat kahak sendiri.

Apa yang malang bagi dua-dua pemimpin itu, dua-duanya di mata rakyat adalah pengkhianat pada aspirasi mereka. Bung cuba menumbangkan kerajaan yang diberi mandat, manakala Shafie pula telah mendapat kuasa menumbangkan kerajaan yang diberi mandat.

Shafie sudah mendapat balasan pada PRN16, apabila rakyat menolak, penolakan itu berlanjutan pada PRU15, apabila gagal mempertahankan sebahagian besar kerusi yang disandang, termasuk kekalahan Timbalan Presiden parti itu dan Blueboy Shafie di Parlimen Sepanggar.

Apabila dua pemimpin yang mempunyai tag khianat pada aspirasi rakyat bekerjasama, maka mudah bagi rakyat membungkus mereka. Jika kerjasama itu menjadi maka mengurangkan ancaman dan cabaran bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seterusnya memberi kekuatan dan peluang yang lebih besar pada parti yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Di mata rakyat, samada Bung atau Shafie telah kehilangan tawaran untuk rakyat Sabah, atas sebab dua pemimpin itu hanya bermatlamat menggunakan rakyat untuk mendapat kuasa untuk kepentingan peribadi.

Rakyat Sabah telah sedar, Bung menggunakan Umno untuk mencapai keinginan peribadi, bukan untuk membela rakyat atau memajukan negeri. Demikian juga Shafie, melalui Warisan menggunakan rakyat untuk menjadi Ketua Menteri.

Keadaan berbeza dengan pemimpin yang menerajui GRS, bukan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kedudukan, sebaliknya hanya berkhidmat pada rakyat dan negeri. Sebagai bukti, sejak kumpulan Bung keluar daripada Kerajaan negeri, tidak terdengar isu perebutan kedudukan/jawatan, melainkan semua bekerja sebagai satu pasukan, memajukan rakyat membangun negeri dan merealisasikan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Kesannya, kutipan hasil negeri meningkat dengan drastik, nilai perdagangan juga meningkat dengan ketara, kemasukan pelabur asing terus meningkat, setakat enam bulan tahun 2023, RM9bilion pelaburan masuk ke Sabah (75 peratus berbanding tahun 2022).

Oleh kerana kemasukan pelaburan asing akan terus meningkat terutama pelaburan dan industri pembuatan/inovasi, Ketua Menteri meminta rakyat untuk bersedia menyertai peluang-peluang pekerajaan yang tercipta.

Matlamat kerajaan negeri, ada lah untuk mengembangkan ekonomi dan untuk meningkatkan hasil negeri, agar hasil itu boleh dipulangkan kepada rakyat dalam segi pembangunan.

Selama hampir 30 tahun, Sabah mengharapkan peruntukan pembangunan daripada Persekutuan, akan tetapi amaun peruntukan sangat tidak berbaloi, sehingga memberi kesan pada kemudahan keperluan rakyat, sepertimana berlaku pada seorang guru besar di pedalaman selama 3 tahun tinggal dalam stor sekolah yang amat daif, kerana sekolah tidak menyediakan rumah.

Kemudahan asas yang begitu daif berdekad lamanya, apa kah rakyat Sabah masih sanggup memberi peluang pada Bung? Untuk mengekalkan parti yang beliau pimpin relevan? Demikian juga Shafie, apa kah rakyat Sabah mahu memberi peluang? Kerana hanya 26 bulan sebagai Ketua Menteri, ekonomi Sabah hampir musnah. Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Blog Archive