Thursday, November 09, 2023

GLC SABAH GAGAL CIPTA KEUNTUNGAN DIBIDAS

MENTERI Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang diberi tanggungjawab berkenaan agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membidas agensi/GLC yang gagal mencipta keuntungan, kerana itu gagal membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Masidi berkata demikian semasa melancarkan Yono Superapp yang dioperasikan oleh Sabah Credit Corporation (SCC) di SICC pada Khamis, 9 November 2023.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dilaporkan kecewa kerana bayaran dividen daripada agensi/GLC menurun 13 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, ada agensi/GLC masih tidak mencapai jumlah yang ditetapkan kerajaan, iaitu minimum RM1juta.

Menurut Masidi, Agensi/GLC bukan “cash cow’ bagi pengurusan tertinggi atau lembaga pengarah, dan tidak bimbang apabila operasi tidak mendatangkan keuntungan, dan mengharapkan suntikan modal daripada kerajaan untuk kekal beroperasi.

Tambah Masidi lagi, kerajaan tidak dapat bertoleransi terhadap agensi/GLC yang sentiasa beroperasi “at loss”, kerana ianya hanya membebankan kewangan kerajaan. Mereka yang diberi tanggungjawab perlu “bangun” jika tidak akan berhadapan untuk ditamatkan perkhidmatan.

Mereka yang dilantik, termasuk ahli politik, perlu bekerja keras memajukan agensi/syarikat, dan perlu sedar, elaun, gaji yang diperolehi adalah menerusi kerja keras dan operasi yang menguntungkan.

Agensi/GLC mana yang dimaksudkan beroperasi tidak menguntungkan itu, tidak dinamakan, kerana tidak mengikut tatacara syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa saham yang perlu mengumumkan untung rugi setiap tahun.

1 comment:

aura said...

Kegagalan syarikat berkaitan kerajaan, GLC Sabah, untuk meningkatkan pendapatannya boleh dikaitkan dengan pelantikan individu yang tidak berpengalaman berdasarkan hubungan politik.

Apabila hubungan politik diutamakan daripada merit dan kepakaran, ia menghalang pengurusan yang berkesan dan proses membuat keputusan, akhirnya menghalang peluang pendapatan GLC.

Pelantikan yang tidak berkesan mengakibatkan kekurangan hala tuju strategik dan perancangan kewangan yang lemah, yang memberi kesan buruk kepada prestasi keseluruhan syarikat berkaitan kerajaan dalam Sabah.

Untuk menangani isu ini, adalah penting bagi penggubal dasar untuk mengutamakan kecekapan dan pengalaman semasa memilih calon untuk jawatan ini.

Syarikat berkaitan kerajaan harus diuruskan oleh individu yang memiliki kepakaran dan pengalaman, dan bukannya dijadikan bidak politik untuk mengukuhkan kuasa mana-mana parti politik.

Penurunan hasil GLC Sabah sering diabaikan, dan kita jarang mendengarnya daripada pihak pengurusan dan lembaga pengarah yang nampaknya lebih tertumpu kepada keuntungan peribadi, seperti menggunakan dana syarikat untuk perjalanan yang tidak perlu dan apa yang dipanggil pengalaman pembelajaran, walaupun keupayaan kewangan syarikat yang lemah.

Melaksanakan kriteria pemilihan telus yang mengutamakan kemahiran dan kelayakan akan memastikan bahawa GLC dilengkapi dengan baik untuk memacu pembangunan ekonomi dan memberikan hasil kewangan yang positif untuk negeri Sabah.

Blog Archive