Dalam tempoh kurang setahun, Gagasan Rakyat, bukan sahaja dapat mengadakan PAT akan tetapi juga telah mendaftar keahlian mendekati 300,000. Suatu angka diluar jangkaan bagi sesebuah parti politik.
SICC sejak 3 hari lalu, bukan sahaja menjadi tumpuan para perwakilan akan tetapi juga pemerhati, menjadikan persekitaran pusat antarabangsa itu bagaikan sedang berlaku karnival mega.
Tidak keterlaluan keadaan di SICC sejak tiga hari lalu menyerupai keadaan di PWTC di tahun-tahun sebelum 2018, semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU).
Sejak semalam, kelibat para pemimpin Gagasan Rakyat hadir di SICC silih berganti, tidak terkecuali kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Dalam satu cipan di media sosial pada Ahad, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, turut menyatakan kesempatan mengiringi Ketua Menteri bersama-sama pemimpin tertinggi parti melawat dan beramah mesra dengan petugas-petugas parti di kaunter pendaftaran perwakilan dan pemerhati PAT yang menjangka 3000 kehadiran.
Pada masa yang sama juga, Naib Presiden 1, Datuk Dr Arifin Arif berkongsi klip gambar-gambar dan video di Tik Tok sekitar tinjauan Ketua Menteri yang diiringi antara lain Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.
Tidak kurang juga, highlight berkaitan Seminar Penerangan anjuran Biro Penerangan yang diketuai Nizam yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.
Seminar itu dipermudahcara dua penceramah profesional, berkaitan fungsi dan peranan penerangan, juga pencerahan berkaitan peraturan dan undang-undang yang mengawalnya.
PAT kali pertama Gagasan Rakyat, selain kehadiran perwakilan dan pemerhati yang begitu ramai, puncaknya adalah UCAPAN DASAR sulung Presiden pada petang ini.
Selepas ucapan dasar itu, akan ada usul, dibahas, kemudian dirumuskan, dan seterusnya dijadikan AZIMAT DAN PEDOMAN oleh seluruh pemimpin dan ahli parti.
Jelas sekali, berpaksikan pada sambutan PAT Gagasan Rakyat, tidak silap, apabila Hajiji merujuk parti itu sebagai rumah agam politik rakyat Sabah.
Dirujuk sebagai rumah agam, kerana perlu menampung ramainya rakyat turut sama berjuang, turut sama mencapai tujuan dan matlamat parti, Sabahfirst demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Sesebuah parti mempunyai peluang menang dalam pilihan raya, apabila sebahagian besar rakyat, khususnya pengundi menyokong dan memilih.
Berpandukan pada sambutan, ada lah tidak syak lagi, Gagasan Rakyat bersama-sama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal menjadi pilihan rakyat Sabah pada PRN17 akan datang.
No comments:
Post a Comment