Monday, November 13, 2023

ANTARA 1001 SEBAB, PILIH KHIDMAT PADA SABAH SEBAB MENYERTAI GAGASAN RAKYAT-MASIDI

PERASMIAN serentak Persidangan Agung Tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin bukan sahaja menyuntik semangat pada semua perwakilan akan tetapi juga memberi cabaran kepada setiap ahli, bahawa daripada 1001 sebab atau punca menyertai perjuangan parti perlu menganggap Khidmat pada Sabah sebagai sebab dan dijadikan sebagai asas untuk berjuang demi kebaikan masyarakat dan rakyat.

Atas landasan itu, perjuangan bukan terhad sebagai ahli Gagasan Rakyat sahaja akan tetapi lebih daripada itu, iaitu perjuangan sebagai anak Sabah yang mencintai negeri.

Menurut Masidi, Gagasan sebagai parti tempatan ada lah parti mewakili suara dan aspirasi rakyat Sabah.

Gagasan Rakyat tidak terhad hanya berjuang untuk kepentingan dan hak negeri di peringkat Persekutuan akan tetapi yang paling utama dan penting, sebarang keputusan, inisiatif yang dibuat kerajaan negeri perlu dihormati.

Sabahfirst yang menjadi asas perjuangan Gagasan Rakyat, bukan hanya slogan, akan tetapi sebagai satu manifestasi keseungguhan (komitmen) untuk memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan/didahulukan.

Sebagai parti tempatan, Gagasan Rakyat perlu meletakan diri di barisan hadapan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, memastikan suara rakyat Sabah didengar dan aspirasi rakyat direalisasikan.

No comments:

Blog Archive