PERKONGSIAN kuasa bersandar pendekatan menang-menang adalah pendekatan praktikal antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan (PH).
Menerusi pendekatan menang-menang, masing-masing mendapat haknya sesuai dengan kekuatan atau komposisi parti masing-masing.
Setiap pemimpin perlu sedar, dalam perkongsian tiada mana-mana pihak yang dirugikan atau diambil haknya atau dinafikan hak. Juga jangan berlaku mengambil hak orang lain yang bukan hak, misalnya menggunapakai nisbah tertentu secara menyeluruh seperti mana kehendak Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.
Juga jangan menganggap sokongan adalah lesen untuk mengambil hak yang disokong, dengan pendapat, tanpa sokongan, maka yang disokong hilang kuasa. Apabila pendekatan ini digunakan, maka yang disokong terpaksa berkorban, dan perlu bertindak menyusukan kera di hutan membiarkan anak di pangkuan kelaparan. Jika ini berlaku, maka yang disokong akhirnya akan bergolak, apabila penyokong menolak pemimpin, dan akhirnya mati secara perlahan atau menjadi seperti rumput di tengah jalan, hidup segan mati tak mahu.
Sokongan hendaklah tidak bersyarat tetapi berpaksi kepada keikhlasan.
Penulis yakin ramai penyokong GRS merasa terkilan, apabila Ewon membangkitkan perkongsian kuasa menyeluruh, sedangkan UPKO hanya mempunyai satu kerusi daripada 55 kerusi penyokong kerajaan.
Sokongan jangan menampakkan ketamakkan,kerana ianya merosakkan makna sokongan itu, seolah-olah sokongan ada udang di sebalik batu.
Memang fakta pada 10 Januari 2023, GRS disokong 37/79 ADUN, tetapi Ketua Menteri mendapat sokongan 44/79 ADUN semasa Sidang Khas DUN Sabah. Tujuh sokongan datangnya daripada ADUN Pakatan Harapan (PH).
Selepas itu Ketua Menteri disokong 48/79, jika termasuk ADUN PH menjadi 55/79.
Jikapun ada permintaan untuk melantik penyokong kena lah realistik dan praktikal, kerana sebelum KUDETA pada 6 Januari jawatan-jawatan politik di semua peringkat telah pun diisi.
Ada lah tidak berperikamnusian, untuk melucutkan pelantikan mereka, semata-mata untuk memenuhi kehendak “kawan” baharu, yang mana kawan baharu itu asalnya memberi sokongan tanpa syarat (dizahirkan pada November 2022), kerana sokongan berpaksi pada aspirasi rakyat pada PRN16.
Daripada 7 ADUN PH, DAP diwakili 4 ADUN. Tetapi setakat ini belum terdengar desakan daripada ADUN-ADUN parti itu berkaitan agihan jawatan, melainkan para ADUN yang diberi tanggungjawab hanya menumpukan masa dan tenaga mereka memajukan dan membangun negeri dan rakyat.
Datuk Ewon Benedick kena menerima hakikat komposisi kerusi masing-masing parti dalam Kerajaan Negeri, dan menerusi komposisi itu adalah cerminan agihan kuasa.
No comments:
Post a Comment