Sunday, October 22, 2023

GRS KENA WASPADA DENGAN UPKO

KALAU bukan tindakan UPKO keluar daripada BN, kerajaan BN Plus selepas PRU-14 yang dipimpin Tan Sri Musa Aman tidak akan tumbang.

Selepas menyokong Parti Warisan menubuhkan kerajaan negeri, dan kemudiannya bekerjasama semasa PRN-16 Sabah, yang menyaksikan ramainya calon-calon parti itu bertanding daripada kebiasaan, akan tetapi hanya menang di DUN Kedamaian.

Ekoran kegagalan mempertahankan kerajaan negeri, sekali lagi UPKO bertindak dengan mengenepikan Parti Warisan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Hanya kerana tindakan KUDETA yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari bersama dengan Datuk Shafie Apdal  yang mengharapkan sokongan ADUN PH, akan tetapi tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kekal menyokong kerajaan negeri sesuai dengan mandat rakyat pada PRN16 Sabah.

Sebelum peristiwa KUDETA yang gagal, pada November 2022, selepas sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangat sumpah sebagai PMX, wakil rakyat PH daripada Sabah telah menemui Ketua Menteri Sabah untuk memberi sokongan sehingga akhir penggal DUN ke-16 Sabah.

Oleh kerana sokongan yang dizahirkan hanya berselang kurang dua bulan, dan mengambilkira, bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan, maka semasa kemelut itu, para ADUN PH Sabah kekal dengan pendirian yang dibuat pada November.

Semasa Sidang Khas DUN Sabah pada 10 Januari 2023, terbukti, bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mendapat 44/79, termasuk 7 ADUN PH.

Menerusi penjajaran politik baharu tersebut, 6 ADUN dilantik menganggotai pentabiran negeri, samada dalam kabinet, mahupun Agensi Kerajaan Negeri.

Manakala ADUN UPKO, tidak dapat dilantik kerana telah dilantik sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan, manakala seorang ahli parlimen dilantik sebagai Pengerusi SESB. Ertinya, tiada seorangpun wakil rakyat PH samada ADUN atau ahli parlimen tidak berjawatan.

Kini, UPKO kenampakkan sangat kemaruk pada kedudukan, dengan berselindung pada perkongsian kuasa, sedangkan, perkongsian kuasa berlaku, selepas semua jawatan-jawatan politik yang sememangnya terhad telahpun diisi, kerana kerajaan telah berjalan hampir dua tahun.

Kemaruk jawatan, dengan mengenepikan yang majoriti atau memaksa yang majoriti berkorban, semata-mata menyahut perkongsian kuasa, adalah pendekatan yang tidak realistik.

Jika kehendak UPKO dituruti, dikhuatiri akan bertukar memusnahkan GRS, kerana pemberontakan penyokong parti itu.

Tercerminkan sangat, bahawa UPKO walaupun tanpa kekuatan, akan tetapi mempunyai nafsu besar, selain para pemimpin parti itu hanya berminat mengejar jawatan atau kedududukan.

Melihat cara UPKO bertindak, GRS perlu berhati-hati dalam soal kerjasama terutama dalam PRN17 akan datang, kerana tindakan parti itu tiada jaminan tidak berulang. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive