Mana-mana parti boleh sahaja bekerjasama dengan GRS, asalkan parti-parti itu juga mempuyai prinsip untuk menyatu padukan rakyat demi kebaikkan bersama.
Tolak ansur dan ketulusan kerjasama adalah salah satu pendekatan GRS kerana melaluinya visi mengurus hala tuju negeri yang berasaskan kemandirian boleh menjadi “game changer” membawa Sabah dan rakyatnya kepada keadaan yang lebih baik.
Bukan sahaja rakyat akan tetapi pemimpin perlu benar-benar mengambil iktibar apa yang dilalui selama lebih setengah abad.
Di awal kemerdekaan, Sabah yang kaya dengan sumber semula jadi, pernah dianggap sebagai negeri kaya, akan tetapi, berkesudahan antara negeri tercorot pada senerai negeri miskin di negara ini.
Para pemimpin dan rakyat Sabah suatu ketika yang lalu pernah bersandar pada politik nasional, kerana politik nasional itu bukan sahaja presiden akan tetapi juga Perdana Menteri. Malangnya, beberapa dekad kemudian, Sabah kekal dengan status dimana ia bermula.
Mengambil iktibar pada keadaan demikian, maka sebahagian besar pemimpin Sabah yang melalui liku-liku perjalanan pengisian kemerdekaan, mengwujudkan platform yang dianalogkan sebagai rumah kita, kita lah yang jaga rumah kita, kita lah mengurus rumah kita, iaitu GRS!!!.
Jika pemimpin parti politik di luar GRS menoleh ke belakang dan melihat bagai mana kedudukan negeri dan rakyat selama 60 tahun, sudah pasti akan setuju dengan pendirian GRS, dan semestinya mereka juga perlu bersama-sama gabungan itu, dengan satu visi yang jelas menjadikan negeri gemilang dengan rakyat yang sejahtera.
Perbezaan fahaman politik yang menjadi penyebab Sabah merupakan negeri yang kerap bertukar kerajaan dan menjadi faktor penyumbang terbantutnya kemajuan dan pembangunan.
Kemajuan dan pembangunan hanya terjamin apabila adanya kesinambungan kerajaan, sebagai contoh- Singapura maju kerana daripada awal kemerdekaan dipimpin oleh parti yang sama, demikian juga jiran Sabah- Sarawak, maju kerana pendekatan yang sama.
No comments:
Post a Comment