APABILA dua pemimpin Warisan Sabah, ADUN Moyog dan Sri Tanjong mengeritik hasil eksport Sabah tahun 2022 yang bernilai RM77.2 bilion, 73.3% daripada nilai disumbangkan minyak mentah, minyak kelapa sawit dan gas LNG, bukannya daripada industri hiliran, dengan sendirinya mendedahkan kegagalan sendiri semasa diberi peluang menjadi kerajaan.
Jika semasa Warisan menjadi kerajaan telah diwujudkan industri hiliran, sudah tentu, hasilnya mungkin sudah dituai pada tahun 2022, kerana setiap industri hiliran/pembuatan sekurang-kurangnya memerlukan tempoh masa 2-3 tahun untuk mula mengelurkan keluaran/produk.
Akan dibuktikan pada tahun 2024 atau 2025, nilai ekport Sabah akan mengandungi nilai produk hiliran seperti keranjang tembaga dan produk silika (kaca) kerana dua jenis industri itu adalah industri hiliran yang diperkenalkan kerajaan GRS (kerajaan Sabah Maju Jaya).
Apabila nilai produk industri hiliran baharu ini dimasukan dalam nilai eksport, maka nilai eksport Sabah akan meningkat, dan pada masa itu bukan lagi RM77.2 bilion akan tetapi lebih tinggi. Ertinya jika menurut dua wakil rakyat Warisan tersebut, apabila nilai eksport mempunyai sumbangan produk hiliran, maka mencerminkan kebolehan/kebijaksanaan para pemimpin kerajaan.
Pembungkusan minyak sawit memang termasuk dalam industri hiliran, akan tetapi hujah pemimpin Warisan, bahawa produk seumpama itu boleh mencipta banyak peluang pekerajaan, adalah relatif, kerana produk seumpama ini, hampir sepenuhnya menggunakan “automatic handling” kerana sifat produk itu sendiri.
Keluaran minyak BESS (Benta), Gold (Intipati Sawit Kinabalu S/B); Onsoi (SLDB); Sayang (Kunak Edible Oil S/B), adalah kategori produk hiliran, akan tetapi sifatnya, hanya untuk memenuhi permintaan tempatan.
Nampaknya, pemimpin Parti Warisan, hanya tahu bercakap soal industri hiliran, akan tetapi tidak faham mekanisme industri itu, apa kah boleh mencapai misi, mencipta peluang pekerjaan yang banyak.
Jika pemimpin Warisan ingin tahu, bentuk industri hiliran yang bagai mana boleh membuka banyak peluang pekerjaan, perniagaan, maka rujuk kilang keranjang tembaga, pemprosesan silika untuk menjadi kaca, kemudiannya loji klinker untuk menjadi simen, yang dipelopori kerajaan GRS yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
No comments:
Post a Comment