Wednesday, August 09, 2023

DATA PENERIMA STR BERCANGGAH DENGAN NORMA KEMAJUAN

DI Negara ini, pemimpin pertama atau kerajaan pertama memperkenalkan SUMBANGAN TUNAI pada rakyat adalah Tun Mustapha (kerajaan era USNO), kemudiannya sumbangan itu diteruskan oleh Datuk Harris Salleh (Kerajaan Era Berjaya), diteruskan seketika oleh Datuk Pairin Kitingan untuk seketika sebelum dimansuhkan.

Tun Mustapaha memperkenalkan sumbangan itu sebahagai Amanah Saham, dibayar pada setiap orang rakyat Sabah berumur 21 tahun dan ke atas.

Kemudiannya, pemimpin kedua memperkenalkan bayaran tunai, adalah Datuk Seri Najib Razak, menerusi bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Bentuk bantuan/bayaran ini semacam sudah menjadi polisi kerajaan, kerana berterusan pada kerajaan yang berbeza.

Bantuan tunai pada golongan sasar berpendapatan di bawah RM5 ribu dan syarat-syarat tambahan, adalah tanda keperihatinan kerajaan, walaupun jumlah bayaran tidak lah signifikan besarnya,jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang ditanggung.

Matlamat bayaran tunai, mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu membolehkan kumpulan sasar dapat wang tunai yang boleh dibelanjakan, dan memperancak sektor peruncitan negara.

Setahun tidak kurang RM8bilion ringgit masuk ke dalam sektor peruncitan seluruh negara, ertinya, kesan berganda wang tunai ini membantu aktiviti ekonomi negara.

Setiap program ada sahaja kekurangan/kelebihan, seperti mana terlihat pada program ini. Bantuan tunai ini, adalah untuk golongan sasar yang telah ditetapkan.

Sekian lama persepsi, bahawa mereka yang tinggal di luar bandar akan terdapat ramainya rakyat tidak bernasib baik, ertinya majoriti adalah daripada golongan berpendapatan rendah, berbanding rakyat yang tinggal di bandar.

Akan tetapi, apabila meneliti data mereka yang teramai daripada golongan yang kurang bernasib baik, ternyata berada di kawasan bandar, seperti mana data penerima STR bagi Sabah, apabila daerah teramai penerima adalah Kota Kinabalu, iaitu lebih 131 ribu penereima, manakala Daerah Putatan yang tersedikit, lebih sedikit daripada satu ribu penerima. Maknanya, hanya Putatan memenuhi kriteria penduduk yang tinggal di kawasan bandar lebih “well off”.

Di Sabah daripada hampir 800 ribu penerima STR, daerah-daerah yang dipotretkan bahawa penduduknya akan termasuk dalam kategori yang layak, ternyata jauh lebih rendah berbanding kawasan-kawasan bandar seperti Sandakan dan Tawau.

Berkaitan data penerima yang boleh dianggap mengejutkan, kerana bercanggah dengan persepsi, maka adalah tepat, apabila ADUN Usukan- Datuk Sallleh Tun Said pada Selasa semasa Sidang DUN Sabah bertanyakan senarai setiap daerah penerima STR, kerana sebelum ini, semasa era Datuk Seri Najib, senarai itu dipamerkan di tempat-tempat penunaian atau di tempat-tempat terpilih, akan tetapi selepas itu, senarai seumpama itu tidak lagi dibekalkan, kecuali bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Kecurigaan perlu timbul, mengapa kah, kawasan bandar yang sekian lama penduduknya dianggap “well off” ternyata lebih miskin berbanding penduduk yang tinggal di luar bandar.

Jika data yang digunapakai oleh Lembaga Hasil Negeri (LHDN) itu memang sedemikian, maka sesuatu yang tidak kena berkaitan sistem ekonomi negara, kerana telah bercanggah dengan norma kemajuan.

No comments:

Blog Archive