Thursday, July 13, 2023

PRN 6 NEGERI: SEJAUH MANA PEMUSATAN UNDI?

PEMUSATAN undi pada PRN 6 negeri, menarik untuk diperhatikan, kerana ianya menjadi asas, bagi parti-parti yang bergabung.

Apabila pemusatan undi tinggi, menunjukkan, penggabungan parti-parti, pengundi masing-masing juga turut sama.

Pada PRN 6 negeri pada 12 Ogos ini, parti yang bergabung adalah PH dan BN.

Di atas kertas, apabila dua parti yang mempunyai kekuatan seimbang, apabila bergabung, maka kekuatan semakin meningkat.

Jika pada PRN 6 negeri ini, berlaku pemusatan undi, maka tiada keraguan, PH/BN selain mempertahankan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi “inroads” di Kedah.

Akan tetapi, isu pemusatan undi antara PH/BN tidak semudah congakan, kerana dipengaruhi beberapa faktor, antaranya pola undian Undi18, orang melayu dan peratusan golongan yang keluar mengundi.

Undi 18 dan kali pertama mengundi, adalah golongan yang tidak diketahui pada parti mana mereka letakkan undi mereka. Manakala orang melayu pula sedikit sebanyak dipengaruhi tindakan pemecatan pemimpin Umno. Sementara peratusan golongan yang keluar mengundi, tertakluk pada etnik mana?

Tiga faktor yang disebutkan ini, bakal mencorakkan parti mana yang menang.

Keputusan PRN 6 negeri, pada hakikatnya boleh menjadi iktibar pada parti-parti yang bergabung, berasaskan keyakinan, bahawa menerusi penggabungan, maka kekuatan bertambah.

Penggabungan antara PH/BN agak unik, kerana berlaku selepas berlawan pada PRU15. Oleh kerana penggabungan selepas berlawan, maka masing-masing mempunyai undi asas.

Hampir serupa juga pada parti-parti yang bergabung sebelum ini, seperti mana pada PN, antara PAS, BERSATU dan Gerakan.

Jika menerusi penggabungan antara PAS, BERSATU dan Gerakan, mendapat kelebihan pada pemusatan undi pada PRU15, maka tiada bezanya juga PH/BN mendapat kelebihan yang sama.

Pemusatan undi, telah dibuktikan pada PRN16 Sabah, dan juga PRU15 di Sabah. Parti-parti yang bergabung mendapat kelebihan daripada pemusatan undi. Kesannya, Parti Warisan hanya dapat mempertahankan 3 kerusi daripada 8, manakala 5 lagi dimenangi oleh parti-parti yang bergabung.

Jika benar lah pemusatan undi berlaku pada PRN 6 negeri, maka kecenderungan penggabungan berbagai parti akan mencorakkan politik negara, dan kemungkinan menuju pada sistem dua parti, seperti mana di negara-negara maju.

No comments:

Blog Archive