Thursday, July 13, 2023

PRN 6 NEGERI-KESAN GELOMBANG MELAYU

JIKA benar berlaku GELOMBANG MELAYU berlaku pada PRN 6 negeri, maka akan memastikan Kedah,Kelantan dan Terengganu dimenangi PN, manakala di Negeri Sembilan dan Selangor akan berlaku DUN tergantung, di Pulau Pinang, PH/BN menang tipis.

Gelombang melayu amat dirasai PH/BN, sehinggakan J-KOM terperangkap dengan penafian kos sara hidup, kerana isu kos sara hidup merupakan faktor utama penyebab gelombang melayu.

Selain isu kos sara hidup, isu yang melekat pada sesetengah pemimpin PH/BN termasuk janji-janji yang tidak ditunaikan.

Isu pemimpin kerajaan lebih suka bercakap banyak daripada tindakan, sehingga orang melayu yang terkesan dengan kehidupan harian, meragui kemampuan kerajaan menyelesaikan isu-isu atau masalah yang dihadapi rakyat.

Orang melayu sedar, keputusan PRN 6 negeri tidak mengubah kerajaan Persekutuan. Atas sebab itu, golongan ini mahu menghantar mesej jelas kepada kerajaan supaya bekerja lebih keras lagi untuk menyelesaikan isu-isu/masalah yang dihadapi. Jika isu-isu/masalah dapat diselesaikan/ditangani, maka pada PRU16, akan menyokong.

Penulis melihat, gelombang melayu, bukan kerana Umno bekerjasama dengan PH, atau pun PN telah menambat hati mereka, kerana lebih berkemampuan, tetapi lebih kepada memberi mesej atau refrendum, agar kerajaan memberikan solusi yang jelas, berkaitan isu-isu/masalah yang dihadapi, terutama kos sara hidup.

No comments:

Blog Archive