Sunday, July 02, 2023

PANDAI BERCAKAP VS PANDAI BEKERJA

Hajiji (bersongkok) & Shafie
RAKYAT Sabah dalam 5 tahun terakhir mempunyai pengalaman di bawah naungan dua kerajaan yang berbeza, iaitu Warisan Dan GRS.

Era Warisan, adalah kerajaan yang mempunyai pemimpin yang hebat bercakap, era GRS-kerajaan off the day adalah kerajaan yang pandai bekerja.

Kerajaan yang dipimpin pemimpin yang pandai bercakap, ibarat ayam betina, bertelur sebiji heboh sekampung, manakala kerajaan yang pandai bekerja-diam ubi berisi.

Kalau lah kerajaan tidak bertukar selepas PRU14, dan terus dipimpin pemimpin yang pandai bekerja, sudah tentu pertumbuhan ekonomi negeri terus meningkat, pun demikian, kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang pandai bekerja, dapat mengutip hasil dan Rizab simpanan Tunai tertinggi dalam sejarah negeri.

Sekiranya pertumbuhan ekonomi negeri bukan 0.5% tahun 2018 dan 1.5% tahun 2019 berbanding dua tahun sebelumnya, 5.1% tahun 2016 dan 8.1% tahun 2017, maka kutipan hasil negeri pada tahun 2022, bukannya RM7bilion, akan tetapi lebih tinggi daripada itu, demkikan juga Rizab simpanan Tunai bukannya RM6.7 bilion akan tetapi lebih tinggi.

Apa pun yang diperkatakan pemimpin parti Warisan, kata-kata mereka itu hanya meneggakkan benang basah selepas tidak lagi memerintah, dan sepatutnya mereka malu pada rakyat, kerana apabila mendapat peluang menjadi kerajaan, terbukti tiada kemampuan, dan seterusnya gagal.

Para pemimpin Warisan selepas merampaskan kerajaan menerusi lompat parti, ibarat kera mendapat bunga, tikus membaiki labu. Kesannya pertumbuhan ekonomi negeri merundum, kemudahan asas bertambah daif.

Partut lah pemimpin Warisan menamakan parti mereka Parti Warisan, kerana bertujuan mewariskan rekod buruk pada rakyat.

Memandangkan rekod buruk yang diwarisi, rakyat yang menyokong sebelumnya gradually menolak parti itu, seperti mana pada PRU15, apabila parti itu hanya dapat mempertahankan 3 kerusi parlimen berbading 8 yang dimenangi pada PRU14.

Penulis melihat parti Warisan walaupun hanya ditubuhkan pada tahun 2016, sudah menjadi parti matahari terbenam, dan lambat laun, hanya tercatit dalam SPR sebagai sebuah parti yang pernah wujud di Sabah.

No comments:

Blog Archive