Friday, June 30, 2023

PRN 6 NEGERI: PARTI MANA SOKONGAN KAUM MELAYU?

PARTI yang keluar sebagai pemenang, bergantung pada pola pengundian kaum melayu.

Persoalanya, parti mana menjadi pilihan kaum itu? kerana pasca PRU14, pola sokongan kaum itu semakin dinamik.

Kerana dinamiknya pola sokongan, maka tiada jaminan lagi, pola sokongan pada pilihan raya lalu boleh berulang.

Contoh mudah, pada PRU14, BN menang di Perlis, tetapi pada PRU15 gagal total. Demikian juga di Melaka, Umno/BN gagal menang sebarang kerusi, sedangkan PRN beberapa bulan sebelum PRU, Umno/BN menang dengan kuasa 2/3.

Oleh kerana pola pengundian pada Pilihan Raya lalu, tidak boleh menjadi sandaran, maka tiada jaminan bagi mana-mana parti yang menguasai negeri semasa PRU14, maka akan mengekalkan penguasaan pada PRN 6 negeri. Ertinya setiap parti mempunyai peluang yang sama, kecuali di Pulau Pinang, kerana keputusan di 5 negeri sangat bergantung pada pola sokongan kaum melayu.

PRN 6 negeri, ada lah untuk melihat parti mana mendapat sokongan kaum melayu.

Parti-parti yang bertanding, Umno, Amanah, Pas dan Bersatu mewakili kaum melayu. Umno/Amanah bersama PH/BN, manakala Pas/Bersatu bersama PN.

Kaum melayu akan memilih samada parti bersama PH/BN atau kah PN.

Masing-masing parti akan cuba mengunakan isu-isu yang dekat dengan kaum melayu, kerana hanya itu sahaja caranya menarik sokongan kaum itu. Parti yang dapat menakluki hati kaum itu, maka parti itu lah bakal mendapat sokongan.

PRN 6 negeri, dirasakan kaum melayu yang merupakan kaum majoriti, akan membuktikan kedudukan itu, boleh menentukan parti yang disokong akan keluar sebagai pemenang.

Kesadaran perpecahan menyebabkan kaum itu lemah, akan menjadi pendorong untuk memilih atau menyokong parti yang boleh menjadi platform menentukan masa depan politik kaum itu dalam keadaan politik negara yang sudah berubah, agar kedudukan kaum itu kembali sebagai kuasa besar dalam politik tanah air.

Kaum itu ada pilihan, samada mengembalikan Umno pada kedudukan sebelum PU14 atau sebaliknya, dengan memilih platform baharu. Sama-sama kita nantikan apa keputusan kaum itu pada PRN 6 negeri yang akan diadakan pada masa terdekat atau setidak-tidaknya pada Ogos ini.

No comments:

Blog Archive