Friday, June 30, 2023

PRN 6 NEGERI: AKAN BERLAKU KEJUTAN?

KALAUPUN betul Parti MUDA menyertai PRN yang menyebabkan tiga penjuru, hakekatnya PRN kali ini adalah menguji kekuatan antara PH/BN dan PN, atau pertandingan 2 lawan 1.

Pada PRU15, tiga parti utama itu  yang bertanding telah menguji kekuatan masing-masing, terbukti tiada parti yang mampu mendapat kerusi yang mencukupi membentuk kerajaan.

Kerana bukti pada PRU15 itu, maka PH/BN bergabung menjadi satu blok berbeza berbanding pada PRU15.

Justifikasi parti yang bergabung, apabila undi masing-masing dicampur, maka menjadi jumlah yang besar.

Pada PRN 6 negeri akan diuji apa kah benar, apabila parti bergabung, maka undi juga bergabung?

Jika benarlah andaian menerusi pengabungan, maka undi juga bergabung, maka sepatutnya tiada masalah besar yang dihadapi parti yang bergabung.

Kalau mengambil pengalaman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN16 Sabah pada September 2020, memang sah, menerusi gabungan, maka parti-parti yang bergabung mendapat jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Melihat pencapaian GRS, jika diterjemahkan pada gabungan antara PH/BN, maka dua blok parti itu mempunyai kelebihan berbanding PN, jika andaian tiada perubahan sokongan yang diperoleh masing-masing parti pada PRU15.

Oleh kerana yang mengundi itu manusia, yang mana keputusan mereka bergantung pada keadaan semasa, juga tertakluk pada keputusan masing-masing, maka rekod lampau tidak semestinya berulang.

Bukti keputusan lampau tidak berulang, seperti berlaku pada PRU15 di Melaka, apabila Umno/BN kosong kerusi, sedangkan beberapa bulan sebelum PRU, parti itu menang 2/3 kerusi semasa PRN negeri.

Berpandukan pada keputusan lampau tidak berulang, maka tidak semestinya kecenderungan pengundi pada PRU15 akan berulang, sebaliknya akan wujud kecenderungan baharu. Atas sebab itu, pada PRN 6 negeri ini, tidak dinafikan akan berlaku kejutan, seperti mana berlaku di Perlis pada PRU15, apabila Umno/BN julung kali kosong kerusi dalam tempoh lebih 60 tahun.

Jika berlaku KEJUTAN pada PRN 6 negeri, maka BENARLAH, pasca PRU14, telah mengubah senario politik negara.

Pasca PRU14, membawa politik negara semakin dinamik, dan kerananya, tiada jaminan mana-mana parti menang pada pilihan raya, maka boleh mengulanginya pada pilihan raya berikutnya.

Pasca PRU14, menjadikan sebahagian besar rakyat sebagai “pendalum voters”.

Sama-sama kita nantikan, apa kah akan berlaku kejutan pada PRN 6 negeri, bercanggahkan dengan persepsi/andaian berbagai pihak, no problem bagi PH/BN di 3 negeri, dan no problem bagi PN di 3 negeri.

No comments:

Blog Archive