Saturday, June 24, 2023

PGRS GIAT MEMPERKEMAS JENTERA PARTI

WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) ke-17 Sabah masih berbaki 2 tahun, bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) masa terlalu singkat, memandangkan parti itu parti baru yang hanya dilancarkan pada 2 Mac tahun ini.

Persidangan Agung Tahunan parti akan diadakan pada 26 November ini, persidangan pertama dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

PGRS menggunapakai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai bahagian, maka di seluruh negeri terdapatnya 73 bahagian.

Apabila menumpukan pada bahagian, jelas keutamaan parti itu adalah negeri, atas sebab untuk membentuk kerajaan negeri kerusi DUN yang digunapakai.

Pada kedudukan DUN Sabah, mana-mana parti memerlukan lebih 50% kawasan DUN (37 kerusi DUN) untuk menubuhkan kerajaan.

PGRS adalah salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti PBS, STAR, SAPP, USNO, LDP dan PHRS.

Dalam GRS Plus yang menerajui kerajaan negeri, PGRS (Gagasan Rakyat) diwakili 26 ADUN daripada 79, dan merupakan parti yang terbanyak kerusi di antara parti-parti.

Sebagai parti baru, maka memerlukan gerakan pantas/cepat/efektif selain membina jentera juga mendapatkan ahli. Jumlah ahli dan jentera sangat berkait rapat, kerana pada kebiasaannya setiap ahli juga boleh menjadi jentera parti.

Gagasan Rakyat bersama komponen lain dalam GRS perlu bersiap sedia, apa pun kemungkinan percaturan politik pada PRN17 akan datang.

Senario politik tanah air, lebih cenderung pada perpaduan, untuk kestabilan politik dan kerajaan. Demikian juga di Sabah.

Demi kestabilan politik, kemungkinan berlaku semua parti akan bekerjasama menghadapi PRN17 Sabah secara bersama. Jika demikian kejadiannya, maka jumlah kerusi yang ditandingi setiap parti sangat bergantung pada kekuatan masing-masing parti. kekuatan parti dicerminkan pada jentera dan ahli.

Atas sebab itu (kekuatan jentera dan jumlah ahli) adalah asas pengagihan kerusi, maka ianya dijadikan asas Gagasan Rakyat memperkemas jentera parti. 

No comments:

Blog Archive