Saturday, June 24, 2023

GAGASAN RAKYAT DISAMBUT BAIK RAKYAT SABAH

GAGASAN RAKYAT (PGRS) yang dilancarkan pada 2 Mac 2023 terus mendapat sambutan rakyat Sabah.

Gagasan Rakyat, salah satu komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS.

Sejak pelancaran parti itu, menurut Ketua Penerangan parti itu- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, parti itu telah menerima keahlian lebih 300,000 yang didaftarkan menerusi 4,976 cawangan di 73 bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri.

Keahlian parti dijangka terus meningkat, memandangkan minat daripada ahli parti lain terutama Parti Warisan, yang ramai keluar daripada parti mereka di merata tempat di negeri ini untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Memandangkan keahlian Gagasan Rakyat lebih 300,000, ianya menjadi kedua terbanyak ahli selepas Umno Sabah, yang dikatakan mempunyai keahlian lebih setengah juta orang.

Rekod pengundi Sabah setakat Mac 2023 (Rujukan SPR) berjumlah 1,709,200, atau purata lebih 23 ribu setiap DUN.

Jika berpandukan pada rekod peratusan yang keluar mengundi antara 70%-80%, maka pengundi efektif antara 1.2-1.4 juta setiap pilihan raya.

Mana-mana parti atau gabungan parti yang mendapat undi antara 612,000-714,000 dijangka keluar sebagai pemenang.

Oleh kerana Gagasan Rakyat bersama dengan 6 parti lain, jumlah keahlian sudah tentu melepasi angka pengundi efektif yang keluar mengundi.

Memandangkan ahli parti boleh juga menjadi jentera parti, maka semakin ramai ahli, maka bertambah kuat lah jentera sesebuah parti.

Dalam persiapan menghadapi PRN17, Gagasan Rakyat sebagai parti baru dalam GRS, sedang giat menerima keahlian, selain memperkemas jentera.

No comments:

Blog Archive