CUBA jalan-jalan di Bukit Padang bersebelahan Taman Tun Fuad, berjajar kereta-kereta pacuan 4 roda, atau kereta nasional tetapi baru diletak di tepi jalan ketika malam, dan semua kereta itu adalah milik mereka yang tinggal di rumah-rumah setinggan.
Cuba juga melawat rumah-rumah PPR yang didapati penyewa melebihi 10 tahuan, di sekeling perumahan itu penuh dengan kereta-kereta pacuan empat roda, malah ada yang berharga ratusan ribu ringgit. Apa gambaran mengenai keadaan ini? Bukan kah penyewa itu sudah mempunyai kemampuan membeli rumah baru?
Betul semasa mereka diberi kelulusan menyewa 10 tahun lalu, pendapatan mereka masih rendah, maka atas sebab itu dipilih.
Betul mereka itu pada asalnya dalam kategori B40, akan tetapi dalam tempoh masa 10 tahun, pendapatan mereka jauh meningkat, walaupun tidak semuanya.
Sebenarnya, pihak pemilik premis mempunyai keupayaan untuk mengodit setiap penyewa. Dengannya ada data odit, maka mudah menguatkuasakan peraturan.
Jika lah surat LPPB yang meminta penyewa yang telah menyewa lebih 10 tahun disokong laporan odit berkaitan status terkini para penyewa, maka mana-mana pemimpin politik atau sesiapa sahaja memberi hujah, mengetahui keadaan sebenar.
Ertinya, jika memang masih ada penyewa walaupun diberi tempoh selama 10 tahun, masih juga tidak berkeupayaan, maka ianya termasuk dalam kes terpencil, dan perlu ditangani kes demi kes. Kerana di masa lalu, mereka yang telah menyewa 10 tahun, apabila mendapat surat mengosongkan rumah, mereka akur, kerana matlamat kerajaan menyediakan rumah transit tercapai.
Tiada kesilapan kenyataan Pengerusi LPPB- Datuk Masiung Banah berkaitan arahan pengosongan, kerana ianya bukan peraturan baharu, melainkan peraturan yang berdekad digunapakai.
Isunya apabila ada pemimpin yang mahu menjadi juara, pada isu yang mereka kurang ketahui. Atas sebab itu, apabila sampai ke pengetahuan Ketua Menteri, beliau terkejut, jika benar, mereka yang diarah mengosongkan rumah, masih kategori keluarga susah. Jika masih susah, maka Kerajaan Negeri tidak akan membenarkannya berlaku. Akan tetapi, apabila nanti, Ketua Menteri dan kabinet negeri diberi taklimat, bahawa mereka yang termasuk diminta mengosongkan rumah sewa, sebenarnya sudah berkemampuan, yang disokong laporan odit, seperti pemilikan aset seperti kereta, atau ada rumah yang sudah dibeli, tetapi disewakan pada orang lain atau sudah ada anak-anak yang bekerja dengan pendapatan lumayan, maka dengan sendirinya,Ketua Menteri dan Kerajaan mengetahui asas sebenar surat LPPB tersebut.
Sesebuah agensi kerajaan seperti LPPB, dan kebetulan pengerusinya juga penyokong kerajaan, tidak akan mensabtoj kerajaan, dengan bertindak tanpa asas yang kukuh.
Penulis yakin, Ketua Menteri dan kabinet, tidak maklum berkaitan kedudukan sebenar, termasuk juga pemimpin politik yang membangkang kerajaan, atas asas apa surat LPPB itu dikeluarkan.
Pada hakekatnya, mereka yang diberi peluang menyewa, jauh lebih baik kedudukannya berbanding mereka yang tidak berpeluang. Ambil contoh secara hipotisis- keluarga B40 yang berpendapatan RM2000 sebulan kerana diberi peluang menyewa, maka ada baki pendapatan RM1885 sebulan, berbanding mereka yang tiada peluang dan menyewa rumah milik orang lain baki pendapatan RM1400 sebulan. Selepas 10 tahun, yang menyewa PPR dapat menabung RM58,200 berbanding keluarga yang sama menyewa bukan rumah PPR tabungan RM0. Apa ertinya perbezaan ini? Jawapannya, usaha kerajaan membina rumah sewa PPR mencapai matlamat sebagai rumah transit, walaupun mungkin, didapati ada keluarga yang tidak berjaya menambah pendapatan, kerana kekal dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Walaupun apapun, sama-sama kita tunggu, taklimat yang akan diberikan pihak LPPB atau KKPT kepada Ketua Menteri dan Kabinet negeri minggu depan.
Walaupun apa pun kandungan taklimat, penulis tabik spring pada pendirian Ketua Menteri, jika sekiranya para penyewa yang masih kategori susah, maka kerajaan negeri tidak akan membenarkannya berlaku pengosongan rumah sewa.
No comments:
Post a Comment