Monday, April 03, 2023

SEMAKAN KEHAKIMAN DATO SERI NAJIB SATU KEISTIMEWAAN

BERPANDUKAN ulasan pakar-pakar undang-undang negara kita seperti mana dilaporkan/dikongsikan melalui media bahawa proses perundangan negara kita melalui tiga fasa atau peringkat, iaitu mahkamah tinggi, rayuan dan persekutuan. Apabila tertuduh tidak berjaya melepasi tiga peringkat mahkamah tersebut, maka proses selanjutnya untuk bebas dan dilepaskan adalah melalui pengampunan.

Lazimnya pengampunan boleh tergunapakai selepas yang bersalah telah menjalani separuh daripada hukuman.

Peluang yang jarang-jarang berlaku, adalah semakan kehakiman di mahkamah Persekutuan kerana menerusi semakan ini ada dua kemungkinan berlaku- tertuduh dibicarakan semula di mahkamah tinggi atau dibebaskan dan dilepaskan. 

Untuk mencapai tujuan ini, maka perlu menyerang hakim mahkamah tinggi yang telah menjatuhkan hukuman.

Usaha menyerang kredibilti Hakim Nazlan Ghazali, kononnya melanggar kod etika kehakiman, kerana pernah menjadi penasihat undang-undang pada Maybank sehingga tahun 2015, ada kaitan dengan penubuhan SRC International.

Demi fakta, antara penubuhan SRC International dan salahguna wang RM42juta agensi itu adalah berbeza. Salah guna wang agensi itu hanya berlaku, selepas Nazlan telah lama meletakkan jawatan. Nazlan tiada sebarang kepentingan dalam SRC. Pengelibatannya semata-mata kerana hanya pernah bekerja dengan Maybank, dan dibayar untuk itu. Selepas letak jawatan, maka putus lah hubungannya dengan majikannya.

Peguam Najib cuba berhujah, walaupun Nazlan putus hubungan dengan majikan, maka, masih dianggap ada kepentingan, kerana itu, keputusan menjatuhkan hukuman ada hubungkait dengan peranannya menubuhkan SRC International.

Untuk memperkuat anggapan, bahawa Hakim Nazlan melanggar kod etik kehakiman, maka disebarkan surat kononnya daripada Pesurujaya SPRM yang ditujukan kepada Ketua Hakim Negara, yang mana menurut SPRM, Hakim Nazlan telah melanggar kod etik, dan mengsyorkan, agar hakim tersebut diambil tindakan. Jika diambil tindakan, maka dengan sendirinya, penghakiman terhadap Dato Seri Najib Razak menjadi cacat, dengan itu, perbicaraan semula perlu dijalankan. Misi ini lah yang terkandung dalam permohonan semakan kehakiman di hadapan 5 panel ke-2 Mahkamah Persekutiuan.

Malangnya dalam semakan itu, 4 hakim menolak dan seorang menentang, tetapi hujah hakim yang menentang tidak merujuk pada perbicaraan, melainkan hanya merujuk pada proses rayuan di mahkamah persekutuan, dengan penekanan, Najib tidak diwakili peguam, kerana peguam yang beliau lantik di saat-saat akhir enggan berhujah, dengan alasan tidak bersedia, dengan memberi alasan baru dilantik, dan memohon penangguhan.

Keputusan mahkamah tinggi sebulat suara dipersetujui 3 hakim mahkamah rayuan, kemudiannya, 5 panel hakim mahkamah Persekutuan juga sebulat suara menerima keputusan mahkamah tinggi. Dalam proses semakan, peguam Najib, berhujah, bahawa perbicaraan di mahkamah tinggi ada kecacatan, kerana Hakim yang membicarakan melanggar kod etik. Namun, usaha ini, tidak berjaya. Kesimpulannya, Najib dan penyokongnya tertipu dengan strategi mereka sendiri.

Soal Najib untuk sementara tiada apa-apa yang boleh dilakukan, kecuali mendapat pengampunan daripada YDP Agong, atas budibicara baginda, bukan melalui Lembaga Pengampunan.

Mengharapkan kerajaan of the day melalukan inisiatif memohon pengampunan bagi pihak Najib, sangat berliku, kerana berhadapan kekakangan, Najib belum layak diberi pengampunan, kerana belum menjalankan separuh daripada hukuman. Najib dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210juta pada Ogos 2021.

Bagi penyokong BossKu bagaimana pedihpun, kena move on, kerana BossKu telah melalui proses undang-undang, dan perlu menerima hakikat, tiada satupun pertuduhan dapat ditepis oleh barisan peguam yang membela mantan Perdana Menteri itu. Ertinya semua pertuduhan “straight forwad”. Apabila timbul penghakiman seorang hakim, bahawa jika tertuduh tidak merasa dihakimi dengan betul, maka lebih baik jangan dibicarakan, sangat berlawanan dengan proses perbicaraan yang telah memberi peluang seluas-luasnya kepada tertuduh membela diri, akan tetapi fakta/bukti tidak melepasi sebarang keraguan munasabah bagi tujuan pembebasan tertuduh.

Jangan kerana faktor teknikal, maka fakta/bukti diketepikan semata-mata untuk tujuan pembebasan. Jika ini yang dijadi panduan, maka perbicaraan hanya buang masa dan wang.

No comments:

Blog Archive