Sunday, April 02, 2023

MUDAH SAJA UNTUK MENGELAK MAHKAMAH: JANGAN SALAHGUNA KEDUDUKAN

HANYA kerana keputusan seorang hakim daripada 14, menentang didapatinya bersalah Datuk Seri Najib Razak berkaitan RM42 juta wang SRC International, maka penyokong mantan Perdana Menteri itu mendakwa ada unsur politik yang mempengaruhi 13 hakim lain.

Tidak sedar kah mereka, anggapan sedemikian adalah satu penghinaan pada mahkamah? Sedangkan mereka lebih maklum, bahawa BossKu telah diberi peluang membela diri dan dibela barisan terbaik dalam negara semasa proses perbicaraan.

Lagipun keputusan seorang hakim yang menentang itu, hanya pada proses rayuan akhir di mahkamah Persekutuan, apabila tertuduh membuat tindakan “last minute” menggantikan barisan peguam, sedangkan tarikh,masa sudah ditentukan untuk mendengar rayuan akhir tersebut.

Pandangan penulis sebagi layman sepatutnya barisan peguam baru yang dilantik itu perlu menasihatkan tertuduh, bahawa ketersediaan mereka jika hanya jika permohonan penangguhan dibenarkan mahkamah, kerana keputusan penangguhan hanya ditangan mahkamah.

Seperti kata Ketua Hakim Negara, jangan mengambil kes, dan datang ke mahkamah beritahu belum bersedia, kerana ianya bukan amalan perundangan.

Apabila peguam baharu, tidak bersedia untuk berhujah dan memohon menarik diri, maka menjadi alasan hakim yang menentang dijatuhinya hukuman pada Dato Seri Najib bahawa tertuduh tidak mendapat keadilan yang sewajarnya, kerana dijatuhi hukuman tanpa diwakili peguam.

Lagipun semasa keputusan Hakim Besar Sabah dan Sarawak salah seorang panel hakim daripada 5 dalam semakan (bukan rayuan) tidak mempertikai proses perbicaraan (semasa di mahkamah tinggi) atau (proses rayuan di mahkamah rayuan) akan tetapi hanya pada proses rayuan akhir (mahkamah persekutuan) yang terhad pada permohonan penangguhan yang tidak diberikan, sehinggakan semasa mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi, tertuduh seolah-olah tidak diwakili, atas sebab, ketiadaan peguam untuk berhujah.

Bagi pandangan penulis, tindakan seorang daripada 14 hakim, bukan lah sama seperti erti peribahasa, panas setahun dihapuskan hujan sehari.

Hanya kerana mempertahankan seseorang, maka erti peribahasa yang dirujuk digunakan, jika anggapan ini berterusan, maka akan memberi gambaran, bahawa mahkamah di negara ini, dipengaruhi pihak-pihak tertentu khususnya politik, sedangkan keputusan mahkamah hanya semata-mata bersandar pada bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah, bersama-sama fakta semasa pemeriksaan silang, baik tertuduh dan para saksi.

Sebagai pengajaran pada semua, jika tidak mahu dihadapkan ke mahkamah dan kemudiannya didapati bersalah, maka jika ada kedudukan, jangan salah guna kuasa.

Adalah malang dalam kes Najib, walaupun 13 hakim mendapati beliau bersalah, masih ada yang mempertikainya, seolah-olah 13 hakim itu daif berkaitan undang-undang. Sepatutnya semua pihak kena bergerak ke hadapan, dan menaruh keyakinan pada sistem mahkamah negara, dan jangan kerana menyokong/membela seseorang, maka membuta mata berkaitan kebenaran.

Apa yang cukup malang lagi, apabila sesetengah pemimpin mengangkat atau membandingkan, bahawa hakim yang menentang hukuman pada Dato Seri Najib adalah hakim kanan berbanding 4 yang lain, seolah-olah 4 hakim tersebut, kurang kearifan dalam membuat keputusan.

Bagi pendapat layman seperti penulis, kanan atau tidaknya hakim, sangat bergantung pada pengetahuan undang-undang. Kananya atau veterannya seseorang, hanya kerana menerusi pengalaman membantu mempercepat mencari fakta/rujukan undang-undang.

No comments:

Blog Archive