Monday, April 03, 2023

PROJEK KERAJAAN: JANGAN ADA LAGI PEGAWAI KERAJAAN MINTA KOMISYEN: ANWAR

PERDANA MENTERI mengingatkan pegawai kerajaan menjauhi “amalan lama” meminta komisyen atas projek-projek kerajaan di bawah tanggungjawab atau seliaan mereka.

Walaupun kerajaan MADANI mencuba sedaya upaya membenteras budaya lama ini, menurut Perdana Menteri, masih terdengar lagi segelintir pegawai yang masih berani meminta komisyen akan tetapi dengan kaedah yang lebih tersembunyi, tidak lagi secara terang-terangan.

Sistem komisyen pada pegawai-pegawai yang terlibat dengan projek-projek kerajaan, biasanya tidak dilakukan secara langsung oleh pegawai-pegawai terbabit, akan tetapi menerusi “runner” atau kartel. Mana-mana pemohon projek-projek kerajaan, jika bukan kawalan runner atau kartel, maka jauh ikan daripada panggang lah untuk mendapat projek-projek kerajaan.

Kesan daripada kawalan para kartel, maka terlihat pada keadaan bekalan air bersih Sabah yang diurus oleh Jabatan Air Sabah (JAS), terutama berkaitan penggantian paip-paip lama/usang atau paip-paip baharu, yang menjadi punca Non revenue water (NRW) tinggi di Sabah.

Projek-projek berkaitan air yang berbilion pada masa lalu terutama yang mendapat peruntukan persekutuan melalui KKLW kebanyakkannya dikawal kartel dengan kerjasama para pegawai JAS, sehingga terlalu sukar mencari kelompangan rungutan berkaitan para kontraktor, melainkan berjalan lancar, tetapi kesannya pada pengguna, apabila bekalan air terganggu,kesan daripada kualiti projek yang sub-standard.

Bukan pada bekalan air saja kawalan kartel, akan tetapi juga meliputi penyelenggaran jalan. Oleh kerana kartel yang mengawal dan mereka ini sangat rapat dengan para pegawai di jabatan-jabatan pelaksana, maka rungutan antara pemberi projek dan pelaksana, sangat minima, kerana mereka bekerja menang-menang, tetapi akhirnya pengguna lah yang merasakan kesan hubungan menang-menang itu, apabila kualiti jalan raya, bagaikan permukaan bulan.

Demikian juga peruntukan-peruntukan kerajaan secara one-off, ada pihak yang mengawalnya, sebab itu, mereka yang memohon projek seumpama itu, terlalu sukar tembus, kerana “pegawai” yang bertanggungjawab membawa permohonan itu untuk diputuskan diperingkat jawatankuasa atau pihak yang ada kuasa melulus, tidak menyenaraikan permohonan daripada pihak-pihak diluar kawalan pihak tertentu tersebut. Akhirnya, bagai mana meluluskan sesuatu permohonan, jika TIDAK TERSENARAI?

ENTAHLAH bagai mana kerajaan MADANI dapat membenteras budaya ini.. benar lah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, masa panjang diperlukan. Masa panjang itu bila? Sebab kerajaan di negara ini saling berganti..setiap kerajaan lain caranya, ibarat kata pepatah lain padang lain belalang, sekali air bah pantai berubah.

No comments:

Blog Archive