Tuesday, April 04, 2023

NILAI WANG SEMAKIN RENDAH

BERBAGAI cerita, kononnya kos sara hidup rakyat boleh diturunkan dengan berbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan, termasuk memberi subsidi pada barang-barang tertentu termasuk minyak dan gas.

Berbilion ringgit dikatakan digunakan untuk tujuan subsidi, semata-mata untuk mengawal harga naik dan seterusnya dapat mengawal kos sara hidup.

Malangnya, walaupun semua itu dilaksanakan, akan tetapi, rakyat berhadapan dengan nilai wang yang semakin kecil.

Semasa Bulan Ramadan kali ini, tiada lagi kuih berharga 3 seringgit, walaupun ada 5 untuk RM2, akan tetapi size yang berkurang 50%.

Di kawasan perumahan di mana penulis tinggal, restoran menyediakan nasi campur rata-rata berharga RM8 sepinggan.

Harga timun sebiji tiada lagi RM.50,melainkan antara RM1.50-RM2.50 mengikut size. Jangan cerita cabe rawit (cili pedas), tiada lagi yang seringgit melainkan dua ringgit untuk 10-12 biji.

Kepak ayam panggang RM2.50 seketul, mungkin harga mentah telah naik kepada RM16.50 sekilo untuk 12 potong.

Penulis sangat terkesan dengan kenaikkan harga susu segar, kerana pada masa ini dijual pada harga RM8.50 seliter. Semasa penulis terlibat memperkenalkan minuman ini pada tahun 1989, hanya dijual antara RM1.15-RM1.25 seliter, itu pun susah laku.

Kelapa tua sebiji RM4, pisang berangan antara RM8.00-RM12.00 sesikat mengikut size. Ikan bilis kering segenggam RM5.

Contoh-contoh di atas menunjukkan betapa nilai wang ringgit menjunam jatuh, dan kehilangan daya beli.

Kerana wang ringgit kehilangan daya beli, maka mereka yang berpendapatan tetap, terpaksa kehilangan kuasa beli, manakala mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, lebih banyak memendam rasa.

Penulis maklum,mengapa mereka yang ada simpanan KWSP bersungguh-sungguh sangat dibenarkan mengeluarkan simpanan hari tua mereka pada masa ini, kerana tidak dapat adjust dengan keadaan.

Bukan sedikit yang terlibat dengan ahlong/ceti kerana kesan tidak dapat adjust dengan nilai wang yang semakin kecil, sehinggakan memerlukan mereka menganda amaun untuk mendapatkan kuantiti barangan yang diperlukan.

Selain itu, para pelajar institusi pengajian tinggi juga sangat terkesan, kerana harga makanan di kantin kampus, hampir sama mahalnya dengan restoran-restoran, sehinggakan saku samada melalui PTPTN atau biasiswa jauh daripada mencukupi.

Malang bagi pelajar yang diberi tugasan inten, sudah lah 5 hari seminggu datang ke pejabat seperti layaknya orang bekerja, akan tetapi ada syarikat/agensi kerajaan atau swasta tidak memberi saguhati. Bukan singkat masa inten, 6 bulan. Jika sehari tambang grab pergi balik RM17.00 seminggu RM85, sebulan RM340, 6 bulan RM2,040, tidak termasuk makan tengah hari, RM8.50 sehari. Ertinya seorang pelajar inten terpaksa berbelanja RM3,060 untuk 6 bulan, untuk menyiapkan keperluan akhir akademik sebelum tamat belajar. Ironinya, semasa inten, pihak penyaja tidak lagi membayar penyajaan.

Moral of the story, apabila nilai wang menjunam atau kehilangan kuasa beli,maka memberi kesan berantai meliputi semua lapisan masyarakat, dan ada yang kata situasi ini adalah kesan inflasi.

Atas sebab itu, apabila kerajaan bercakap berkaitan kos sara hidup, jangan hanya berfikir, subsidi bersasar, akan tetapi perlu melihat segmen kehidupan rakyat secara menyeluruh. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive