Thursday, March 30, 2023

USAHA KERAJAAN SABAH PERLU DIHEBAH

PENGIAT media sosial yang merasa bertanggungjawab pada kerajaan of the day perlu berkongsi usaha-usaha kerajaan dengan orang ramai/rakyat, untuk menunjukkan bahawa pemimpin kerajaan bersungguh-sungguh bekerja bukan sahaja untuk kebaikan negeri akan tetapi juga rakyat.

Usaha kerajaan seperti menarik pelabur (luar atau tempatan) semata-mata untuk pemacuan ekonomi negeri, selain membuka peluang pekerjaan pada rakyat.

Senario Negeri Sabah amat berbeza  selepas kerajaan GRS mengambil alih pada September 2020, kemasukan pelaburan terus mengalir. 

Infografik penulis petik di laman SMJ berkaitan aliran masuk pelaburan setakat masa ini telah mencecah RM11.3bilion yang melibatkan 89 projek dan bakal menjana 4,566 peluang pekerjaan.

Selain pelaburan, kutipan hasil juga terus meningkat, malah mencatit rekod tersendiri, apabila pada tahun 2022, Sabah mengutip hasil hampir RM7bilion.

Usaha gigih kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor, meneruskan momentum peningkatan kutipan hasil negeri yang terus menerus meningkat bermula pada tahun 2004, walaupun terganggu sedikit pada tahun 2018 dan 2019.

Kerajaan negeri of the day telah melancarkan visi Sabah Maju Jaya (SMJ) menjelang tahun 2025, ertinya pada penghujung tahun berkenaan, Sabah bersedia lepas landas (take off) menjadi negeri maju.

Hasrat pemimpin kerajaan untuk mencapai visi itu, bukan mudah, walaupun perancangan/strategi berada di landasan betul, kerana terhalang keadaan kemudahan asas yang diwarisi, kesan perbuatan segelitir pelaksana yang tidak bertanggungjawab, sehinggakan berlakunya ketirisan berbilion ringgit, yang memberi kesan pada penyediaan kemudahan asas, seperti bekalan air bersih.

Bukan isu bekalan air sahaja, akan tetapi jalan-jalan raya yang tidak mengikut piawaian, penyebab jalan-jalan mudah rosak, malah digambarkan memandu di jalan raya Sabah seperti berjalan di bulan.

Diakui dari segi putaran ekonomi, Sabah berada di landasan betul, kekangannya, daripada segi logistik yang berkaitan pengangkutan, penyebab harga barangan menjadi mahal, maka memberi kesan pada rakyat.

Jika kemudahan yang berkaitan pengangkutan teratasi, maka, aktiviti ekonomi semakin rancak yang boleh menstabilkan harga barang dalam jangka masa panjang.

Hakikatnya secara makro atau umum atau keseluruhan, para pemimpin kerajaan telah mencipta pencapaian luarbiasa, melalui peningkatan hasil secara menyeluruh.

No comments:

Blog Archive