Mengimbas tindakan parti itu menjatuhkan kerajaan, bermula tahun 1976 di Sabah, 1994 juga di Sabah, berlanjutan lagi pada tahun 2018 masih di Sabah- tindakan itu semua berjaya, dan sekali lagi berlaku di Sabah pada 6 Januari 2023, akan tetapi gagal.
Tindakan pemimpin Umno menjatuhkan kerajaan, tidak terhad, di Sarawak juga pernah ada usaha menjatuhkan kerajaan negeri, suatu ketika dahulu, semasa era Tan Sri Taib Mahmod (kini Tun) akan tetapi gagal.
Di semenanjung pula, berlaku pada tahun 2009, kerajaan negeri Perak pimpinan Pas bersama DAP dan PKR ditumbangkan, lalu diambil alih Umno, apabila ADUN DAP dan PKR keluar parti.
Selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir pada Februari 2020, Umno terlibat menumbangkan Kerajaan persekutuan pada Julai 2021.
Selepas gagal menumbangkan Kerajaan Sabah pada Januari, kepimpinan Umno menumbangkan kerajaan sendiri di Melaka, apabila Ketua Menteri yang membawa kemenangan besar parti itu semasa PRN Melaka hujung tahun 2021 meletakkan jawatan.
Betul lah apa kata Menteri Besar Kedah- Dato Sanusi Mohd Noor, Umno adalah agen ketidak stabilan politik.
Di Melaka, jikapun mahu mengwujudkan kerajaan Perpaduan dengan melantik ADUN PH menganggotai EXCO, Ketua Menteri tidak perlu letak jawatan, sebaliknya hanya rombakan anggota EXCO.
Mengulas tindakan perletakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang diumumkan Presiden parti itu, salah seorang EXCO kerajaan negeri- ADUN Rembia- Datuk Muhammad Jailani Khamis, menyifatkan fenomena ini adalah tindakan spesies baharu kelahiran Umno dan Barisan Nasional, iaitu kecenderungan pengwujudan kerajaan pintu belakang atau tebuk atap.
Tindakan terbaharu Umno ini, perlu dijadikan pengajaran pada parti-parti yang sedang menyokong Kerajaan Perpaduan, atau parti lain, bahawa parti itu, jika gagal tumbangkan pemimpin parti lain, pemimpin parti sendiri juga dijadikan mangsa.
No comments:
Post a Comment