Sunday, March 19, 2023

PELUANG GAGASAN KUASAI POLITIK KOTA BELUD?

KEPUTUSAN pemilihan Umno Bahagian Kota Belud, walaupun mungkin ada elemen pemimpin otai parti itu, akan tetapi, tidak sekuat seperti masa lalu.

Nampaknya barisan pemimpin bahagian itu,tidak lagi centric pada pemimpin tertentu, akan tetapi berasaskan pada kapasiti masing-masing individu.

Mereka yang sebelum ini align dengan pemimpin tertentu yang turut sama bertanding, ternyata tidak mendapat sokongan perwakilan.

Politik Kota Belud, sejak sekian lama sangat terikat dengan pemimpin tertentu, akan tetapi, barisan kepimpinan kali ini, tidak lagi menggambarkan keterikatan itu, walaupun ada beberapa yang terpilih masih berelemen pemimpin yang menguasai bahagian itu untuk sekian lama.

Apa kah dengan perkembangan ini, kawasan Kota Belud bakal dikuasai parti Gagasan Rakyat? Atas sebab pemimpin parti baharu itu, diketuai pemimpin yang mempunyai nama dalam politik kawasan itu?

Sengatan Umno di Kota Belud walaupun masih berbisa pada PRN-16 Sabah apabila menang 2 kerusi, iaitu Tempasuk dan Usukan, akan tetapi tidak lagi menguasai kerusi Parlimen, sejak tahun 2018.

Parlimen Kota Belud yang mempunyai 4 DUN, keadaan terkini, 2 dikuasai Gagasan, iaitu Tempasuk dan Pintasan, Kedamaian pula oleh Pakatan Harapan (PH) menerusi UPKO dan Usukan Umno/BN.

Memandangkan perseteruan antara Umno dan GRS di peringkat negeri, walaupun sama-sama menyokong Kerajaan Persekutuan, maka pada PRN-17 akan datang tiada jaminan bahawa dua blok parti itu tidak saling bertembung.

Menilai cara Pengerusi Umno Sabah (jika masih kekal) Datuk Bung Moktar Radin yang menang pemilihan Umno bagi tahun 2023-2026 pada kedudukan ke-5, pertembungan dengan GRS atau Gagasan tidak dapat dielak, kerana keinginan Bung agar Umno kekal sebagai parti dominan di Sabah.

Terpulang kepada pemimpin GRS/Gagasan di kawasan itu, untuk menambat sokongan rakyat kawasan itu, kerana ini lah masanya untuk berbuat demikian.

Penulis yakin, Datuk Japlin Akim yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Gagasan, akan mengambil peluang keemasan ini.

No comments:

Blog Archive