Wednesday, March 29, 2023

BARANG KEPERLUAN: RAKYAT SABAH BAYAR LEBIH MAHAL BERBANDING RAKYAT SEMENANJUNG


BERDEKAD sudah, rakyat Sabah perlu bayar lebih mahal berbanding rakyat Semenanjung untuk barang keperluan harian. Demikian juga, berdekad sudah, pendapatan isi rumah rakyat Sabah lebih rendah berbanding rakyat Semenanjung.

Kalau membandingkan antara premis jika harga kopi coffebean lebih mahal berbanding kedai mamak, logik, kerana kondisi yang berbeza. Sepatutnya analog ini berlaku pada harga barangan antara Sabah dan Semenanjung. Kerana keadaan di Sabah seperti kedai mamak, dan Semenanjung premis coffeebean atau starbuck, maka sepatutnya rakyat Sabah membayar lebih murah.

Bagaimana penjual bazar jual murah, jika harga bahan mentah tinggi. Mereka yang masak sendiripun malu/segan membeli apabila melihat harga, yang mendadak naik.

Memang tiada jalan singkat mengubati kenaikkan kos sara hidup, kerana memakan masa yang panjang, dan mungkin, tidak akan teratasi, kerana kos sara hidup berjalan seiring dengan kenaikkan harga barang. Dua isu ini, memakan masa untuk bersilang, kalau mungkin?, akan tetapi melihat keadah yang digunakan dalam negara ini, kemungkinan besar, keadaan itu tidak akan tercapai.

Bagi mereka yang kurang kemampuan, kata orang tengok saja, gelagat yang berkemampuan. Yang berkemampuan, tidak ramaipun, 20% daripada penduduk negara.

No comments:

Blog Archive