Friday, March 03, 2023

ADUN UMNO DIBELI UNTUK SOKONGAN KERAJAAN: BUNG MOKTAR KENA MOVE ON

DATUK Bung Moktar Radin perlu berhenti menutup kesilapan sendiri ekoran tindakan beliau menarik sokongan daripada Kerajaan GRS-BN Sabah pada 6 Januari lalu.

Menuduh wakil-wakil rakyat yang tidak bersetuju dengan “keputusan” Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu yang mengatas namakan parti, kononnya kerana dibeli dan dijanjikan habuan, maka kekal menyokong Ketua Menteri dan kerajaan negeri, sedangkan pada hakikatnya keputusan mereka itu untuk menghormati mandat rakyat Sabah pada PRN-16.

Rakyat Sabah pada hakikatnya mahukan kestabilan politik, atas sebab itu memberi mandat pada GRS-BN pada PRN-16 Sabah, atas sebab,kombinasi dua blok parti itu lambat laun menjadi kombinasi yang kukuh.

Belum pun kombinasi itu menjadi kukuh, Bung pula membuat gerakan untuk meruntuhkannya. Kini, beliau mendakwa, bahawa parti beliau ingin dibunuh oleh pemimpin-pemimpin tertentu di Sabah, sedangkan gerakan melemahkan parti yang beliau wakili, adalah angkara perbuatan beliau sendiri.

Jika lah beliau tidak melakukan tindakan menarik sokongan pada kerajaan negeri pada 6 Januari, parti beliau tidak kehilangan wakil rakyat yang terpaksa keluar parti. Malah rancangan memperkuat/memperkukuh dua parti yang menerajui kerajaan akan berada di landasan betul.

Oleh kerana, Bung bertindak, ingin melemahkan/meruntuhkan rakan parti, maka parti yang ingin dilemahkan/diruntuhkan perlu bergerak ke hadapan, mengorak langkah, untuk mendapat kepercayaan rakyat, dan bercadang menjadi pilihan utama rakyat, untuk mencapai matlamat menjadi parti dominan tempatan.

Rakyat akan menilai, tindak tanduk para pemimpin sesebuah parti, apa kah tindakan mereka itu membawa aspirasi mereka. Jika mereka mendapati, aspirasi mereka, benar-benar diperjuangkan oleh pemimpin sesebuah parti, maka mereka tidak segan silu menyokongnya.

Rakyat Sabah telah membuka mata, sejak kerajaan Sabah diterajui kerajaan GRS, aspirasi rakyat Sabah telah menjadi keutamaan, termasuk lah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pencapaian Kerajaan Negeri cukup luarbiasa daripada segi kutipan hasil negeri, yang melonjak sehingga RM7bilion,meningkat hampir RM3bilion dalam tempoh 2 tahun, sedangkan sebelum ini, lonjakan hasil kutipan hanya berkisar dalam lingkaran setengah bilion ringgit setiap tahun, bermula tahun 2003.

Isu minyak dan gas daripada perut bumi negeri yang telah buah bibir rakyat Sabah sejak tahun 1976, hanya dapat dinikmati hasilnya sejak 2 tahun terakhir,kerana sebelum ini, hanya terpaku pada bayaran tunai 5% setiap tahun.

Apa yang paling menarik lagi, berkaitan hala tuju kerajaan negeri, ada lah fokus pada industri di mana negeri mempunyai comparative advantage, lari daripada industri yang tidak berdaya saing. Fokus seperti ini, adalah tindakan tepat, sebagai pemudah cara melonjakkan perekonomian negeri.

Untuk memperkuat asas hala tuju baharu ini, maka kerajaan yang tentunya dibentuk berasaskan parti, maka memperkukuh parti tempatan, supaya sebarang strategi/perancangan sesuai dengan aspirasi rakyat, seperti mana dibuktikan, menerusi pencapaian kerajaan off the day, yang berlandaskan acuan sendiri.

Ertinya, dalam arena politik, tiada sesiapa yang membunuh sesiapa, melainkan, mati dan hidupnya sesebuah parti, sangat bergantung pada pemimpin parti itu, apa kah disokong oleh rakyat.

Jika Datuk Bung Moktar Radin merasakan parti beliau ingin dibunuh, bererti beliau secara tidak langsung mengakui, bahawa parti yang beliau wakili, tidak lagi mampu membawa aspirasi dan hasrat rakyat.

Penulis memperhatikan, dikalangan para pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau parti baharu yang dilancarkan pada Khamis, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tiada sekelumitpun dakwaan atau hujah, bahawa pemimpin parti itu mempunyai niat membunuh mana-mana parti, melainkan mereka menyerahkan semuanya pada rakyat untuk memutuskannya.

Dalam arena demokrasi, pada hakikatnya, tiada mana-mana pemimpin boleh membunuh mana-mana parti, kerana yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti adalah rakyat.

Kita semua sudah belajar perjalanan politik negara, mana-mana parti yang dikira oleh rakyat tidak lagi boleh disandarkan membawa aspirasi dan harapan mereka, sebanyak mana pun sumbangan parti itu di masa lalu, akan jua ditolak.

Atas sebab itu, mana-mana parti yang ingin kekal relevan, tidak sewajarnya menggunakan nostalgia sebagai alat pemasaran, sebaliknya perlu bergerak ke hadapan, dan sentiasa move-on.

No comments:

Blog Archive