Wednesday, February 15, 2023

SOKONG ANWAR: APA KAH SHAFIE JUGA DIBELI?

SELEPAS Naib Presiden Warisan- Datuk Junz Wong, kini Presiden parti Warisan pula menuduh bahawa para ADUN parti mereka yang keluar parti kerana dibeli.

Apa kah juga Shafie dibeli kerana menyokong Datuk Seri Anwar?

Di mata Shafie, mana-mana wakil rakyat yang keluar parti lalu menyokong parti lain, kerana dibeli.

Apa kah Shafie pernah melakukan jual beli? Atas sebab Presiden parti Warisan itu pernah dilantik ke jawatan Ketua Menteri kerana tindakan beberapa ADUN BN menyokong beliau pada Mei 2018.

Shafie kena bertanya pada diri sendiri, mengapa para ADUN parti beliau keluar parti. Tidak kah presiden Warisan itu maklum sebab-sebab ADUN parti mereka keluar parti?

Rata-rata ADUN Warisan yang keluar parti kerana merasa bosan dengan tindakan Presiden parti itu yang senantiasa mengwujudkan polimek agar politik Sabah tidak stabil.

Jelas, apabila politik tidak stabil, maka menganggu perlaksanaan berbagai projek untuk kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat.

Dakwaan/tuduhan Shafie bahawa para ADUN parti beliau keluar parti kerana dibeli, apa kah juga tindakan beliau mengheret 13 ADUN Umno yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri kerana dibeli?

Tidak mengaku kah Shafie, setiap wakil rakyat mempunyai pendirian sendiri,dan tidak perlu berlaku jual beli, seperti mana tindakan beliau menyokong Anwar, bukan berpaksi pada jual beli, akan tetapi berpaksi pada matlamat politik, untuk membela rakyat.

No comments:

Blog Archive