Wednesday, February 15, 2023

TIDAK MUDAH MENTEMPATANKAN PARTI POLITIK SABAH

BAGI pandangan penulis selagi ada pemimpin Sabah seperti Datuk Salleh Said tidak beralih pada parti tempatan, selagi itu lah tidak mudah mentempatankan parti politik Sabah.

Ambil contoh pada PRN-15 Sabah, walaupun begitu hebatnya isu parti tempatan, akan tetapi hanya menang 13 kerusi daripada 25,manakala 12 lagi dimenangi bukan parti tempatan.

Pada hakikatnya, politik Sabah sudah menjadi campuran antara politik tempatan dan nasional,seperti mana dirasai BN daripada tahun 1994-2018, dan berlanjutan sehingga kini.

Setinggi mana keinginan pun mentempatankan politik Sabah, tidak mudah tercapai, selagi ada pemimpin negeri ini, menjadi sebahagian daripada parti nasional.

Contoh mudah, Parti UPKO yang dikatakan akan tutup kedai, ekoran kekalahan teruk pada PRN-16 Sabah,bangkit semula apabila berafiliasi dengan parti nasional.

Tidak dinafikan sesetengah kawasan, dan segmen penduduk negeri ini, lebih suka atau gemar dengan parti tempatan, tetapi ianya tidak menyeluruh. Apabila tidak menyeluruh,maka tidak mudah bagi parti tempatan menjadi parti dominan, dalam pengertian boleh membentuk kerajaan tanpa parti nasional.

Untuk rekod, sejak tumbangnya PBS pada tahun 1994, tiada mana-mana parti parti tempatan lagi dapat menubuhkan kerajaan tanpa sokongan parti nasional.

Penulis melihat, ada lah satu cabaran besar bagi Ketua Menteri Sabah pada hari ini, untuk menarik pemimpin politik yang berpengaruh dalam parti nasional, untuk bersama-sama dalam parti tempatan.

Selain itu, menarik pemimpin pelapis parti nasional,khususnya Umno ke dalam parti tempatan, juga bukan mudah,kerana mereka ini telah menjalin kerjasama dengan para pemimpin parti nasional sekian lama.

Betul parti Umno itu, ibarat rumah besar yang telah usang, akan tetapi para penghuninya masih ramai yang baharu dan muda. Mereka kekal menganggap itu lah rumah mereka, bagai mana usangnya pun.

Tidak mudah mengajak penghuni berpindah, kecuali mereka yang termasuk lalang, hanya mencari peluang.

Penulis tertarik dengan kenyataan Ketua Menteri, bahawa beliau tiada dendam dalam politik, melainkan akan berkongsi dengan pemimpin yang beraspirasi sama menyatupadukan rakyat untuk memacu perekonomian negeri.

Bagi pendapat penulis, para pemimpin apa tah lagi yang masih wakil rakyat, perlu dilibatkan secara aktif sama-sama membangun negeri, kerana mereka ini juga mempunyai penyokong dan rakyat yang diwakili.Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive