Monday, January 23, 2023

PRU-15 SUDAH BERLALU-FIKIR PULA KESUSAHAN RAKYAT

SEPATUTNYA, selepas PRU 15 berlabuh, pemimpin hentikan dulu berpolitik, fikir pula masalah rakyat.

Sempena perayaan ini pun, bercakap PRU-15 yang sudah berlalu. Apa kah tindakan demikian cubaan mengubah arah ketidak boleh laksana membantu menyelesai masalah rakyat terkesan kos sara hidup?

Penulis tidak habis fikir, mengapa surat-surat khabar menjadikan pemimpin ditolak rakyat menjadi bahan laporan, yang mengulas berkaitan keputusan PRU-15. Mengapa kah wartawan surat-surat khabar itu tidak melaporkan tindakan menteri-menteri yang berjawatan berkaitan masalah yang dihadapi rakyat.

Tidak sedar kah mereka, semakin kerapnya mereka membuat laporan memetik kumpulan kalah, maka semakin laporan mereka tidak diminati.

Laporan berkaitan kenyataan seorang menteri yang meminta rakyat memboikot restoran atau penyedia makanan bermasak yang tidak menurunkan harga, patut diselidiki dengan mendalam, mengapa kah tindakan demikian dibuat.

Apa kah benar, harga bahan mentah telah turun seperti dakawaan menteri tersebut? Kalau harga telah turun, barangan mentah yang mana?

Menurut pemantauan penulis, di kawasan Kota Kinabalu Sabah, tiada bahan mentah yang turun harga. Menaik adalah.

Ambil contoh terong, kini sebiji dijual antara RM2.50-RM3.00, sedangkan setahun lalu, pada harga tersebut untuk 3 biji.

Bahan mentah yang mana turun harga? Ayam? Ikan? Udang? Daging? Timun? Kubis? Cili api? Beras? Bawang? Telor? Tiada satu pun harga turun.

Makanan dalam tin,misalnya sardin king cup size 425 gram, kini berharga RM9.90, semasa PKP, masih RM8.75; 5 tahun lalu RM6.80; 10 tahun lalu RM4.80. Kalau mengambil contoh perubahan harga sardin king cup ini, kenaikkan harga hampir 131% dalam tempoh 10 tahun. Apa kah juga selama tempoh itu disposible income rakyat naik pada kadar yang sama? Jawapannya tentu tidak. Maknanya, disposible income menaik dengan sedikit sekali berbanding kenaikan harga barang. Kesannya, itu lah yang dinamakan kenaikkan kos sara hidup.

Sepatutnya para pemimpin termasuk kumpulan kalah, perlu bercakap apa kah kaedah yang boleh dilaksana untuk membantu rakyat yang terkesan dengan inflasi, bukannya bercakap berkaitan dakwaan, bahawa mereka kalah, kerana yang menang beli undi. Bukan kah semasa PRU tersebut, SPRM telah memantau secara dekat berkaitan perjalanan pilihan raya, dan kesimpulannya, tiada siapa pun yang ditangkap atau disiasat terkait dengan membeli undi atau memberi sogokan.

Pandangan penulis, selagi mana-mana pemimpin yang bercakap berkaitan integriti pengundi, mereka itu tidak mendapat keuntungan politik daripadanya, melainkan, semakin dijauhi.

Pemimpin yang bercakap berkaitan isu-isu atau masalah rakyat, itu lah akan didekati atau disokong.

Penulis tidak pelik, kumpulan kalah, adalah kumpulan gila talak, mencari berbagai alasan, untuk menjustifikasikan kekalahan mereka. Sedangkan justifikasi mereka itu termasuk mempersoal integriti pengundi, termasuk disogok, sebenarnya bertukar senjata makan tuan.

No comments:

Blog Archive