Wednesday, January 25, 2023

MENGIMBAS KEPUTUSAN PRU-15 PARLIMEN BAGI SABAH

DARIPADA 25 kawaan parlimen yang dipertandingkan pada PRU-15, 10 kawasan dimenangi dengan undi popular sama atau lebih 50%; 8 kawasan dimenangi sama atau di atas 40% tetapi dibawah 50%; manakala 7 dimenangi di bawah 40% undi popular.

Kawasan bawah 40% - Tenom, Beaufort, Kudat, Sepanggar, Beluran, Tawau dan Putatan.

Kawasan 40% bawah 50% - Kimanis, Keningau, Tuaran, Batu Sapi, Kota Belud, Lahad Datu, Kalabakan, dan Kota Marudu.

Kawasan atas 50% – Sipitang, Libaran, Papar, Pensiangan, Ranau, Sandakan, Penampang, Kinabatangan, Kota Kinabalu dan Semporna.

Kawasan bawah 40%, boleh dikategorikan sebagai kawasan-kawasan swing, ertinya boleh dimenangi mana-mana parti; manakala di atas 40% tetapi bawah 50% boleh dipertahankan oleh penyandang walaupun berkeadaan 50:50; sementara di atas 50% boleh dikekalkan parti/penyandang.

Keputusan PRU-15, tidak semestinya kekal, memandangkan telah berlaku perubahan politik, ekoran terbentuknya kerajaan Persekutuan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan sebahagian besar parti politik negara ini.

Di Sabah misalnya, jika penjajaran baharu ini kekal, maka akan mempengaruhi keputusan PRU akan datang.

Pada PRU-15 parlimen Sabah, daripada 25 kawasan yang tersedia, Barisan Nasional (BN) menang 7, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 6, Pakatan Harapan 5, Warisan 3, PKDM 1 dan bebas 2, sementara PN 1.

Daripada 25 parlimen tersebut, 24 ahli parlimen menyokong kerajaan Persekutuan, dan hanya satu sebagai pembangkang, iaitu ahli parlimen Beluran daripada PN.

No comments:

Blog Archive