Wednesday, January 25, 2023

KONGSI 40% HASIL NEGERI: APA KESUDAHAN SAMAN WAKIL RAKYAT SABAH TERHADAP PUTRAJAYA?

PADA Jun 2022, w
akil rakyat Pakatan Harapan Sabah, yang terdiri daripada enam ahli parlimen dan enam Adun telah memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhubung hak Sabah untuk mendapat kutipan hasil negeri itu.

Menurut satu kenyataan bersamaa, mereka memohon pengisytiharan bahawa Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan masih digunapakai dan boleh dikuatkuasakan.

Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh menyatakan bahawa Sabah berhak mendapat geran tahunan berjumlah "dua perlima" daripada hasil bersih yang diperolehi oleh Persekutuan Malaysia dari Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa semakan Putrajaya terhadap jumlah geran di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan adalah melanggar perlembagaan, tidak sah dan tidak berkesan.

Pada Mac 2022, Menteri Kewangan ketika itu Tengku Zafrul Abdul Aziz mencetuskan kekecohan di parlimen apabila dia berkata formula perkongsian hasil 40 peratus Sabah tidak lagi terpakai kerana Putrajaya tidak mampu membayarnya.

Susulan itu, Putrajaya mengumumkan telah meningkatkan bayaran geran tahunannya kepada Sabah 4.7 kali ganda - daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta - untuk tahun 2022.

Jumlah baru itu ditentukan berikutan semakan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan - antara Kementerian Kewangan dan kerajaan Sabah pada 14 Februrari 2022.

Dalam kenyataan bersama itu, ahli parlimen dan Adun PH Sabah berkata ia merupakan pelanggaran syarat Sabah yang ditetapkan sebelum pembentukan Malaysia.

Menurut mereka, syarat tersebut dibuat kerana Sabah lebih miskin berbanding bahagian lain di Malaysia pada masa itu.

Mereka menegaskan bahawa negeri itu masih mempunyai beberapa daerah termiskin dan kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Berikut senarai wakil rakyat Sabah yang memfailkan saman berkenaan:

Christina Liew (Ahli Parlimen Tawau MP, juga Adun Api-api)

Awang Husaini (Ahli Parlimen Putatan)

Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu)

Vivian Wong (Ahli Parlimen Sandakan)

Noorita Sual (Ahli Parlimen Tenom)

Madius Tangau (Ahli Parlimen Tuaran)

Peto Galim (Adun Inanam)

Ewon Benedict (Adun Kadamaian)

Frankie Poon (Adun Tanjung Papat)

Jannie Lasimbang (Adun Kepayan)

Phoong Jin Zhe (Adun Luyang)

Tan Lee Fatt (Adun Likas)

Nota: Di Sabah, masih tidak jelas berkaitan geran khas Persekutuan, kerana antara Sarawak dan Sabah berbeza daripada segi formula, kerana Sabah berasaskan 40% perkongsian hasil kutipan Persekutuan di Sabah.

No comments:

Blog Archive