Thursday, January 26, 2023

HALA TUJU PEMBANGUNAN SABAH: JIKA SHAFIE TOLAK KEPIMPINAN HAJIJI ADALAH WAJAR

JIKA Datuk Shafie Apdal tolak kepimpinan Datuk Hajiji Haji Noor adalah wajar, atas sebab di bawah kepimpinan Hajiji lah beliau kehilangan jawatan Ketua Menteri.

Dendam Shafie berpunca kerana kehilangan jawatan Ketua Menteri. 

Senarai pemimpin yang ditolak Shafie pertama adalah Tan Sri Musa Aman, kedua adalah Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan ketiga adalah Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Musa menduduki urutan pertama, kerana menurut hemat Shafie, Musa lah punca beliau digantung daripada Umno, dan kehilangan sokongan ADUN pada 29 Julai 2020. 

Sementara Muhiyiddin sebagai Perdana Menteri tidak menghalang ADUN Bersatu menyertai Musa menyebabkan Shafie kehilangan sokongan ADUN. 

Hajiji pula adalah Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semasa PRN-16 Sabah, September 2020, yang menyebabkan Shafie gagal mempertahankan kerajaan yang beliau pimpin, sehingga kehilangan jawatan Ketua Menteri.

Yang menjadi kemuskilan penulis, mengapa kah kumpulan Datuk Bung Moktar Radin daripada Umno/BN (dua ADUN berpaling tadah) tergamak menolak hala tuju pembangunan negeri di bawah kepimpinan Hajiji? Sedangkan Bung bersama pemimpin Umno/BN lain sepasukan semasa PRN-16 Sabah untuk menumbangkan kerajaan Shafie.

Apa yang tidak kena? Sedangkan kerajaan yang dipimpin ADUN Sulaman tersebut berada pada landasan tepat dan betul.

Sesebuah kerajaan apa kah berada di landasan betul diukur daripada segi pencapaian, samada kerajaan itu sendiri atau syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan.

Faktor-faktor yang diukur adalah daripada segi kutipan hasil negeri; pertumbuhan perekonomian; kemasukan pelaburan; kadar pembangunan fizikal; perkhidmatan serta bantuan-bantuan pada rakyat memerlukan samada melibatkan perumahan, pendidikan, keagamaan atau sosial.

Jika dibaca samada hansard Persidangan DUN Sabah, laporan-laporan akhbar arus perdana, ucapan-ucapan Ketua Menteri; hebaan media; prestasi (performace) kerajaan negeri sejak Hajiji dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada September 2020, diluar dugaan dan luar biasa.

Apa kah pencapaian luar biasa itu, tidak dapat diterima oleh kumpulan Bung? Sedangkan semasa pencapaian itu berlaku, Bung dan pasukannya bersama kerajaan? ( 3 menteri, 4 pembantu menteri dan beberapa pengerusi GLC).

Mungkin Bung dan kumpulan beliau, mahu membuktikan, jika mereka diluar kerajaan, maka kerajaan Negeri tidak akan dapat mengulangi pencapaian, termasuk lah kutipan hasil negeri yang mencatit rekod RM6.6 bilion pada tahun 2022.

Sebagai rekod pertama pencapaian kerajaan negeri pimpinan Hajiji tanpa Bung dan kawan-kawan adalah geran Khas Persekutuan, apabila meningkat kepada RM260 juta untuk tahun 2023 berbanding RM125.6 juta pada tahun 2022.

Rekod lain apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1bilion untuk kerja awalan membina CIQS untuk Sabah dan Sarawak di sempadan dengan Kalimantan, sebagai upaya menyambut perpindahan Ibu Negara Indonesia- NUSANTARA ke Kalimantan.

Penulis yakin Sabah Maju Jaya akan terus melakar pencapaian luar biasa, sesuai dengan komitmen tinggi Ketua Menteri dan barisan kabinet beliau, dibantu oleh pengerusi-pengerusi GLC yang menyokong Kerajaan Negeri.

No comments:

Blog Archive