Sunday, January 22, 2023

GERAN KHAS PERSEKUTUAN PADA SABAH TAHUN 2022 BINA 1500 RUMAH RAKYAT, GERAN TAHUN 2023?

KETUA MENTERI SABAH- Datuk Seri Hajiji Haji Noor belum mengumumkan, berkaitan geran Khas Persekutuan bagi Sabah berjumlah RM260 juta bagi Tahun 2023.

Geran Khas bagi Tahun 2022 yang berjumlah RM125.6 juta telahpun diumum tahun lalu untuk membina 1500 rumah rakyat di 73 kawasan DUN.

Bayaran Geran Khas Persekutuan tidak dimasukan sebagai kutipan hasil negeri, melainkan hasil luar jangka.

Hasil luar jangka ini, biasanya akan diumumkan untuk manfaat rakyat secara langsung.

Akan tetapi, mungkin bermula tahun depan, hasil luar jangka ini, akan dimasuk sebagai hasil negeri, apabila amaun telah ditetapkan. dan penggunaannya mungkin digunakan untuk merancang aktiviti ekonomi negeri.

Memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri II, bahawa Kerajaan Persekutuan membayar RM300 juta dan RM260 juta untuk Sarawak dan Sabah setiap tahun, boleh diambilkira sebagai kutipan hasil tetap.

RM260 juta jika digunakan untuk aktiviti ekonomi, akan menghasilkan pulangan berganda, membuka peluang-peluang baharu, selain peluang-peluang pekerjaan.

No comments:

Blog Archive