Friday, January 13, 2023

PERKUKUHKAN GRS SEBAGAI PARTI DOMINAN SABAH

PENULIS berpandangan para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang beranggotakan 4 parti PBS, STAR, SAPP dan USNO serta para individu sebagai ahli langsung perlu diperkukuh, selain menunggu parti yang ditubuhkan Pengerusi parti itu, sebagai platform mereka yang sebelumnya ahli-ahli parti Bersatu.

GRS boleh mencontohi GPS Sarawak, yang bakal mencorakkan parti-parti masa depan negara.

Ambil iktibar pendirian parti Umno semasa PAU 2022, kemungkinan parti itu akan bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai penjajaran baharu politik tanah air.

Dengan mengambil kira parti-parti yang menyokong Kerajaan Persekutuan, penulis berpendapat bahawa senario politik tanah air akan menuju sistem dua parti, iaitu di Semenanjung adanya gabungan PH dan Umno, di Sarawak PH dan GPS dan di Sabah PH dan GRS.

Dengan adanya sistem dua parti, maka rakyat negara ini samada memilih parti-parti yang diterajui PH atau Perikatan Nasional (PN).

No comments:

Blog Archive