NAMPAKNYA walaupun PRU-15 telah berlabuh, akan tetapi kata peribahasa rumah siap pahat berbunyi, apabila Undang-Undang Anti Lompat bakal diuji ekoran tindakan wakil rakyat daripada Bersatu keluar daripada parti secara beramai-ramai pada 10 Disember.
Wakil rakyat Bersatu yang terlibat, 15 ADUN dan 4 MP.
Para ADUN tersebut menggunakan LOGO Perikatan Nasional (PN) (kecuali asal Warisan dan ADUN dilantik) pada PRN-16 Sabah September 2020, akan tetapi tidak terkesan, atas sebab DUN Sabah belum mewartakan Undang-Undang Anti Lompat, manakala 4 MP pula menggunakan LOGO GRS pada PRU-15.
Di mata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ROS dan Dewan Rakyat antara PN dan GRS adalah parti yang berbeza.
Jika menurut Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar mantan menteri yang bertanggungjawab menggubal Undang-Undang Anti Lompat, undang-undang itu melihat keahlian seseorang wakil rakyat semasa bertanding, bukannya parti yang diwakili, jika demikian interpretasinya, maka sudah tentu berkesan pada 4 MP Sabah yang mewakili GRS, kerana mereka itu semasa bertanding merupakan ahli Bersatu, kecuali mungkin, mereka itu telah keluar parti dan menjadi ahli langsung GRS.
Pun demikian argumen mantan menteri itu, kemungkinan besar ditolak mahkamah, atas sebab, Bersatu tidak bertanding pada PRU tersebut, melainkan GRS, lagi pun di Parlimen kedudukan 4 MP tersebut mewakili GRS bukannya Bersatu.
Di Parlimen wakil rakyat diwakili parti yang bertanding, bukannya keahlian seseorang itu, atas sebab itu calon bebas yang menang atas calon bebas,akan kekal sebagai calon bebas, walaupun selepas itu menyertai mana-mana parti berdaftar.
Jika argumen Wan Junaidi tergunapakai, maka bukan sahaja 4 MP GRS itu terkesan akan tetapi seorang lagi MP daripada Sabah, yang juga menggunakan logo GRS, akan tetapi telah keluar daripada PN.
Akan terlihat bagai mana kah mahkamah menginterpretasi Undang-Undang Anti Lompat yang di Wartakan pada 6 Oktober 2022, beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen ke-14.
Nampaknya, PRU-15, semakin mengundang kecelaruan politik dalam negara, sudah lah menghasilkan parlimen tergantung, penamaan Perdana Menteri yang berliku-liku, dan kini, menguji pula Undang-Undang Anti lompat.
Matlamat mempercepat PRU-15 seperti mana diwar-warkan sebelum ini, dengan mendesak PRU tersebut disegerakan, untuk pengwujudan kestabilan politik, nampaknya masih jauh daripada matlamat.
No comments:
Post a Comment