Sunday, December 11, 2022

KERANA SOKONG ANWAR- WAKIL RAKYAT BERSATU SABAH PERLU KELUAR DARIPADA PARTI

BERSATU itu komponen Perikatan Nasional (PN). PN itu parti pembangkang kepada kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh kerana pemimpin Bersatu Sabah menyokong Anwar menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan dalam GRS itu ada Bersatu sebagai parti komponen, maka wakil rakyat parti itu terpaksa keluar daripada parti.

Apabila semua wakil rakyat Bersatu keluar daripada parti itu, dengan sendirinya tiada ikatan lagi dengan parti itu, dan pada masa sama, sokongan mereka pada Anwar tidak boleh lagi dipersoalkan kerana bukan ahli Bersatu komponen PN yang menentang kepemimpinan Anwar.

Apa yang tidak jelas, kedudukan Bersatu dalam GRS sebagai parti komponen, apa kah masih kekal atau telah dikeluarkan? Penulis tidak pasti, apa kah parti-parti dalam gabungan itu mempunyai kuasa menyingkirkan ahli sendiri.

Jika melihat pada tindakan 19 wakil rakyat bekas ahli Bersatu yang “berparking” sementara dalam GRS, maka membawa maksud, gabungan itu TIADA lagi elemen Bersatu.

Semua kejadian simpang siur yang mengaitkan Bersatu dan GRS Sabah, terkait dengan keputusan PRU-15 yang menyaksikan tiada mana-mana parti mendapat sokongan majoriti mudah.

Seperti mana di ketahui pada awalnya GRS menyokong PN dan menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Oleh kerana Pengerusi PN itu, tidak mendapat sokongan yang diperlukan, maka YDP Agong mengsyorkan kerajaan Perpaduan, akan tetapi Muhiyiddin tidak bersetuju, manakala Anwar akur.

Rentetan pada keputusan Muhiyiddin dan syor YDP Agong, maka GRS bersama GPS menyokong kerajaan perpaduan yang diketuai Anwar.

Kerana keputusan ini, wakil rakyat Bersatu dalam GRS tiada pilihan melainkan perlu keluar daripada Bersatu supaya terputus hubungan dengan PN yang bertindak sebagai parti pembangkang.

Seperti mana kenyataan Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada 10 Disember, bahawa mereka tidak dapat lagi mempertahankan status quo, untuk meletakkan sebelah kaki menyokong kerajaan dan sebelah kaki sebagai pembangkang.

Kenyataan mantan Timbalan pengerusi Bersatu Sabah- Datuk Masidi Manjun, kononnya tindakan keluar daripada Bersatu atas sebab retorik agama dan islam semasa PRU lalu, sebenarnya kenyataan yang difikirkan semula, kerana sangat bercanggah dengan tindakan awal atau pendirian awal parti itu.

Sekiranya benar, gelombang hijau di Semenanjung berkesan di Sabah, terutama parti yang berafiliasi dengan parti penyebab pada gelombang itu, maka akan didapati tiada mana-mana calon GRS akan menang, apa tah lagi kemenangan calon PN di Parlimen Beluran.

Bagi penulis, kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkaitan justifikasi keluar daripada Bersatu, kerana tidak dapat mempertahankan status quo, bukannya kerana faktor berlakunya tsunami hijau di Semenanjung, adalah alasan sebenar, mengapa dan kenapa wakil rakyat Bersatu yang disertai para pemimpinnya secara enblok (kecuali Datuk Ronald Kiandee) keluar daripada parti.

Bagi pandangan penulis, sekalipun tidak dapat lagi bersama dengan parti yang dahulunya bersama-sama dikala susah dan senang, jangan menimbulkan faktor lain yang boleh memalitkan imej buruk pada mantan rakan, sebaliknya kena menyatakan sebab musabab sebenar.

No comments:

Blog Archive