Saturday, December 10, 2022

JANGAN JADIKAN GELOMBANG HIJAU ASAS KELUAR DARIPADA BERSATU

PENULIS terbaca laporan FreeMalaysiaToday, yang memetik Datuk Masidi Manjun mantan pemimpin Bersatu Sabah asas keluarnya wakil rakyat dan pemimpin Bersatu secara beramai-ramai daripada parti itu, kerana terkesan dengan “ peningkatan retorik kaum dan agama” melibatkan beberapa parti dari Semenanjung terutama menjelang PRU lalu, yang tidak konsisten dengan nilai Sabah dan Sarawak yang terdiri berbilang kaum dan agama.

Walaupun dalam laporan tersebut, tidak menyebut nama parti, akan tetapi penulis percaya ianya merujuk pada parti Bersatu dan Parti Pas.

Jika merujuk pada keputusan PRU-15, sangat jelas telah berlaku gelombang hijau di Semenanjung, yang telah menyebabkan pengasingan sokongan antara dua blok parti yang paling banyak menang kerusi, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Di Semenanjung daripada 165 kerusi yang dipertandingkan, PH menang 71 kerusi parlimen, demikian juga PN dengan jumlah yang sama, manakala baki 23 dimenangi Barisan Nasional (BN).

Penulis bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Hajiji Haji Noor tindakan keluar daripada Bersatu kerana mereka tidak lagi dapat mempertahankan status quo mereka, yang meletakkan kaki di parti yang berbeza, kerana satu kaki menyokong dan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, manakala satu kaki lagi sebagai anggota parti pembangkang.

Namun jika sebab musabab keluar daripada Bersatu yang merupakan salah satu komponen PN, kerana terkesan dengan sokongan pengundi Semenanjung khususnya kaum melayu-islam pada PN yang diberi tag gelombang hijau sebagai alasan untuk keluar adalah tidak sesuai dan tidak tepat, dan dilhat satu kesimpulan yang terburu-buru dan gopoh.

Jika benar lah rakyat Sabah menolak “retorik” menjelang PRU lalu, maka tiada satupun calon daripada GRS boleh menang, kerana jelas afiliasi parti itu dengan PN, selain itu calon PN tidak akan boleh menang di Parlimen Beluran, apa tah lagi  GRS boleh merampas Parlimen Tawau dan Batu Sapi.

Jangan menidakkan kemenangan calon-calon PN pada PRN-16 Sabah, kerana rakyat Sabah tahu, bahawa dalam PN itu selain Bersatu juga parti Pas.

Jangan kerana teruja sangat mendapat teman baharu, yang belum pasti atau teruji sejauh mana keiklasannya, maka menindakkan sumbangan teman yang sebelum ini, menjadi peneman di kala susah dan senang.

Jangan menjadikan menghalalkan cara mempermudah “political survivor”, kerana ianya tidak akan bertahan lama.

Ambil iktibar semasa politik Sabah dikuasai PBS bermula pada tahun 1985, kerana tindakan parti itu, tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah, maka akhirnya, fungsi parti itu diambil alih Umno, dan kawasan-kawasan yang menjadikan parti Umno berkuasa sebahagian besar masih dimenangi, jika tidakpun, masih dimenangi calon-calon yang BERDNA Umno. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive