Saturday, December 10, 2022

DISEMBER 2018 DAN DISEMBER 2022 HUBUNGKAIT DENGAN POLITIK SABAH

PEMIMPIN politik Sabah yang mempunyai komitmen tinggi berkaitan negeri dan rakyat, maka TIDAK bersedia berpisah atau renggang dengan Kerajaan Persekutuan.

Demi kepentingan rakyat dan negeri, kategori pemimpin ini sanggup bertukar parti atau berhijrah beramai-ramai.

Pendirian para pemimpin kategori ini, tiada manafaat menyongsang arus kerana hanya mempertahankan prinsip dan pendirian, akan tetapi rakyat yang diwakili tidak terbela, negeri tidak dapat dimajukan.

Para pemimpin yang bertindak sedemikian, sanggup membakar diri seperti lilin untuk menyenari malam.

Secara kebetulan, sebahagian besar pemimpin  kategori sedemikian bertindak pada situasi yang sama, iaitu selepas pilihan raya umum. Mereka bertindak mengikut perubahan lanskap politik negara.

Pada Disember 2018, telah berlaku penghijrahan beramai-ramai wakil-wakil rakyat Umno dan para pemimpin kanan parti itu, kesan tumbangnya kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan tumbangnya Kerajaan BN Plus Sabah kerana kehilangan sokongan majoriti, apabila 6 ADUN BN menyokong Parti Pembangkang- Parti Warisan untuk membolehkan parti itu menerajui Kerajaan Negeri, sesuai dengan keadaan masa itu, Parti Warisan salah satu parti menyokong Kerajaan Persekutuan.

Kini, selepas PRU-15, giliran  wakil rakyat dan pemimpin Parti Bersatu (PPBM) daripada Sabah pula melakukan penghijrahan beramai-ramai pada Sabtu 10 Disember, kerana tidak dapat mempertahankan lagi STATUS QUO parti itu, apabila bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebahagian daripada parti yang menyokong Kerajaan Campuran yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala bersama Perikatan Nasional (PN) merupakan parti pembangkang pada Kerajaan Persekutuan.

Kesan pada tindakan tersebut, hanya melibatkan ADUN daripada Bersatu yang menggunakan logo PN pada PRN-16 Sabah September 2020.

Oleh kerana undang-undang Anti Lompat belum berkuat kuasa di Sabah, maka mengubah parti tidak menyebabkan mana-mana ADUN perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Manakala ahli parlimen Bersatu, tindakan keluar daripada parti, tidak berkesan pada kedudukan masing-masing kerana menggunakan LOGO GRS pada PRU tersebut.

Untuk sementara semua wakil rakyat Bersatu dan ahlinya menjadi ahli secara langsung GRS, sambil menunggu kelulusan parti baharu.

GRS, walaupun pada masa ini hanya dianggotai parti-parti, akan tetapi juga boleh menjalankan fungsi sebagai parti dengan menerima keahlian secara perorangan.

Di Sabah selepas semua ahli Bersatu keluar daripada parti itu, dengan menyertai GRS, maka gabungan tersebut bertukar sebagai parti lokal, tanpa elemen Nasional, seperti juga Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS). Matlamat GRS adalah untuk mengwujudkan blok Borneo bersama GPS.

Penulis percaya tindakan Bersatu Sabah keluar daripada parti sekali gus daripada PN, kerana menyokong kerajaan off the day, tidak mengambil kira gelombang perubahan politik di Semenanjung.

Di Semenanjung, jika melihat keputusan PRU-15, telah terwujud dua blok parti utama, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), yang dibezakan dengan segmen pengundi yang berbeza.

Pendirian para pemimpin Bersatu Sabah memilih parti lokal telah kembali seperti sebelum tahun 1990, yang mana Sabah bersama Kerajaan Persekutuan diwakili parti lokal. Hanya selepas itu, politik Sabah diwakili parti nasional apabila Umno secara rasmi bertapak di Sabah pada Februari 1991.

Pada keadaan sekarang, visi hanya parti lokal mewakili Sabah, masih jauh untuk direalisasikan, kerana Umno, parti-parti nasional dalam PH, masih bertapak dan masih mempunyai sokongan.

Sejauh mana kesan parti lokal di hati rakyat Sabah, hanya akan dibuktikan menerusi pilihan raya. Sama-sama kita nantikan masa itu.

Untuk tempoh masa 5 tahun ini tempoh masa kerajaan Persekutuan, sumbangan wakil rakyat daripada GRS pada kemajuan rakyat dan negeri sangat-sangat dinantikan, khususnya pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Untuk Kerajaan Negeri yang diterajui GRS-BN, diharapkan terus kekal sehingga tempoh penggalnya berakhir.

No comments:

Blog Archive