Tuesday, December 13, 2022

PRU-15 SUDAH BERLABUH-KINI MASA BEKERJA

PRU-15 sudahpun berlabuh, kini masa bekerja.

Jika berlaku perubahan halatuju mana-mana parti politik pasca Pru, ianya hanya penjajaran dan sinkronisasi untuk memudahkan semua hubungan dan kerjasama.

Sepatutnya, semua pihak kena menerima hakikat, keputusan PRU-15 yang sedemikian rupa perlu “adjustment” daripada semua pihak, khususnya parti-parti yang saling bekerjasama membentuk kerajaan.

Parti-parti yang telibat tidak diukur daripada segi besar kecilnya parti, akan tetapi semangat dan niat parti itu, khususnya para pemimpin masing-masing.

Tempoh 5 tahun, adalah masa yang diberikan pada wakil-wakil rakyat daripada masing-masing parti untuk dinilai rakyat, apa kah dalam tempoh itu mereka dapat menunaikan harapan tinggi rakyat yang memberikan undi.

Beri lah peluang pada mereka yang telah diberi peluang membentuk kerajaan dan memerintah. Jangan lagi ganggu gugat mereka, dan jika mahu menegur, biar lah teguran membina demi kepentingan rakyat dan negara atau negeri.

Jika memilih sebagai pembangkang, berperanaan lah sebagai agen semak dan imbang, supaya demokrasi negara kita semakin subur, dan menunju politik matang.

Beri peluang mereka yang dipemerintahan berfikir, mengatur strategi untuk kemajuan dan pembangunan rakyat, jangan beri tekanan, apabila bangun esok pagi, telah kehilangan kerajaan.

No comments:

Blog Archive