Friday, December 02, 2022

PRU-15: DI SEBALIK KEKALAHAN TERUK UMNO

UMNO kehilangan kemampuan membantu komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) seperti mana yang lalu-lalu, kerana parti itu juga sudah kehilangan sokongan daripada pengundi tradisional parti itu, iaitu kaum melayu.

Trend menurun pengundi melayu terhadap parti itu pada hakikatnya telah bermula sejak PRU-13, era Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri, yang kali pertama mengetuai Umno/BN dalam pilihan raya umum.

Menjunamnya sokongan pengundi melayu terhadap parti itu telah mempengaruhi prestasi dalam pilihan raya, termasuk PRU-15.

Pada PRU-15 yang berlabuh pada 19 November, BN hanya merai 33 peratus pengundi melayu di Semenanjung, yang diterjemahkan kepada 23 kerusi parlimen. Manakala Perikatan nasional (PN) yang mendapat sokongan 54 peratus diterjemahkan kepada 70 kerusi parlimen. Pakatan Harapan (PH) pula merai 11 peratus undi kaum melayu, diterjemahkan pada kemenangan pada beberapa calon PKR, Amanah dan Muda.

Di Semenanjung, berasaskan keputusan pada PRU kali ini, tersangat jelas, telah menghasilkan dua blok parti yang mempunyai kekuatan seimbang, berasaskan segmen pengundi. Pengundi kaum bukan melayu memilih PH, manakala melayu PN.

Trend pengundian berasaskan kaum di Semenanjung, bakal dijadikan asas oleh parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, yang mempunyai segmen pengundi yang sangat berbeza untuk “adjust” hala tuju parti masing-masing, untuk berhadapan PRU-PRU akan datang. 

Berasaskan pola pengundian pada PRU kali ini, parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, boleh memilih dua blok parti, samada parti yang disokong berbilang kaum ataupun yang bukan. Jika menyokong PH, maka berkumpul lah semua parti yang disokong berbilang kaum, jika menyokong PN, maka akan membantu parti itu mewakili komposisi rakyat negara ini.

Parti seperti GPS dan GRS, dan part-parti lain di  Sabah dan Sarawak  kena memperhalusi hala tuju masing-masing dan perlu menyesuaikan diri dengan kecenderungan pengundi alap ini.

Masing-masing parti kena meletakkan asas kukuh, agar, tidak berlaku lagi kemelut setiap selesai pilihan raya, bukan sahaja memerlukan berhari-hari menamakan calon Perdana Menteri, akan tetapi juga pembentukan kabinet, yang tentunya memberi kesan pada pentadbiran negara. 

No comments:

Blog Archive