Thursday, December 01, 2022

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KERAJAAN CAMPURAN?

JIKA pada awalnya Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan idea KERAJAAN PERPADUAN, maka kerajaan hari ini, adalah kerajaan UNITY GOVERMENT diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Perpaduan merujuk pada sebuah kerajaan yang disokong semua pihak atau parti, yang mendekati keadaan TIADA lagi parti pembangkang, jika adapun, telah ada PERSEFAHAMAN (MoU) menerusi Perjanjian Kepercayaan dan bekalan (CSA), akan tetapi, memandangkan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 ahli parlimen parti itu memilih menjadi blok pembangkang, untuk penyuburan demokrasi berparlimen dan semak dan imbang yang efektif/berkesan, maka dengan sendirinya kerajaan Persekutuan hari ini adalah kerajaan campuran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan minoriti yang diketuai Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan minoriti membawa maksud, tiada parti secara solo mempunyai sokongan melebihi 50%, melainkan untuk maksud menubuhkan kerajaan memerlukan sokongan parti-parti lain, seperti mana berlaku pada kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak dan Pahang.

Dalam kerajaan campuran, semua parti yang terlibat kekal dengan identiti masing-masing, atau ideologi atau perjuangan masing-masing. Tujuan bekerjasama, hanya satu-mengwujudkan kerajaan yang STABIL.

Dalam kerajaan campuran, tidak timbul mempakatan harapankan BN, GPS atau GRS, akan tetapi semua parti yang terlibat saling memerlukan antara satu sama lain untuk mendapatkan jumlah kerusi yang cukup agar menjadi sebuah kerajaan dan pada gilirannya semua pihak yang berkerjasama boleh mencapai atau merealisasikan matlamat masing-masing atau setidak-tidaknya, tiada membolot semua, tiada yang kehilangan semua, sebagai misalan, manifesto BN, tiada lagi Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan kurang daripada RM2,208 sebulan, jika dilaksanakan kerajaan, maka berjayalah kerajaan campuran tersebut; demikin juga berkaitan GPS dan GRS, jika perkara-perkara dalam MA63, termasuk tuntutan 40 peratus hasil bersih yang dikutip Persekutuan daripada dua Wilayah tersebut dibayar kepada dua negeri tersebut, maka memperkuat lagi erti kerajaan campuran.

No comments:

Blog Archive