CERMINAN kejayaan sesebuah hala tuju yang digunapakai sesebuah kerajaan apabila hasil kutipan negeri terus meningkat.
Meningkatnya hasil kutipan kerana sokongan berbagai aktiviti ekonomi yang mendokong, selain tadbir urus yang telus dan berkesan.
Penulis tabik spring pada Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor walaupun hanya menerajui kerajaan bermula pada September 2020, akan tetapi, kutipan hasil telah melepasi angka RM5bilion pada tahun 2021, dan kini, tahun 2022 melepasi angka RM6 bilion.
Kerajaan negeri akan terus mempergiat kutipan hasil negeri, menerusi Cukai Jualan Negeri (CJN) menerusi berbagai produk yang dihasilkan dalam negeri.
Di masa akan datang, kutipan hasil dijangka terus meningkat, hasil kutipan cukai daripada sektor industri yang akan bertapak di negeri ini, termasuk industri besi yang bernilai RM20bilion.
Betul lah, jika kerajaan yang stabil, sambil dipandu urus oleh mereka yang kompeten, dan sentiasa bertindak ke hadapan, dapat mengunapakai khazanah dan kelebihan negeri untuk memajukan rakyat dan negeri.
No comments:
Post a Comment