PADA pagi 20 November, Perikatan Nasional (PN) yang menang 73 kerusi lebih awal mengumumkan akan cuba membentuk kerajaan dengan sokongan GPS Sarawak dan GRS Sabah, namun belum mendapat angka keramat 112, kerana jumlah kerusi 3 blok parti itu hanya 102 (GPS-23; GRS-6), memerlukan sokongan 10 MP lain daripada mana-mana parti.
Menjelang batas waktu pertama yang diberikan Istana, pukul 2 petang 21 November, PN telah mengutus Surat Akuan Bersumpah (SD) yang dikatakan berjumlah 115 dan menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon.
Oleh kerana Umno memohon pelanjutan tempoh menyerahkan SD, maka Istana melanjutkan batas waktu pada pukul 2 petang 22 November.
Selepas tamat tempoh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dititah mengadap YDP Agong. Semasa mengadap itu, kedua-duanya mendapati, tiada siapa yang mendapat sokongan majoriti mudah.
Ternyata kemudian diketahui, MP Umno/BN yang menandatangi SD menyokong Muhiyiddin telah menarik sokongan sebelum tamatnya batas waktu.
Atas sebab tiada pihak yang mendapat sokongan majoriti, Agong mencadangkan Kerajaan Perpaduan antara berbagai parti. Cadangan tersebut dipersetujui Anwar, manakala Muhiyiddin sebaliknya.
Ekoran senario tersebut, maka GPS dan GRS membuat pusingan U, menyokong pembentukan kerajaan Perpaduan, demikian juga Barisan Nasional (BN), maka terlerai lah kemelut pemilihan PM-10, kurang daripada seminggu, berbanding Denmark yang memerlukan 6 minggu menyelesaikan kemelut serupa, iaitu hasil keputusan pilihan raya yang menyebabkan parlimen tergantung.
Kini, Kerajaan Malaysia, hasil daripada pilihan raya, untuk pertama kali mempunyai kerajaan minoriti yang diketuai PH parti yang terbanyak kerusi iaitu 82, disokong BN dengan 30 kerusi, GPS 23 dan GRS 6 kerusi serta parti-parti kecil lain termasuk bebas. Secara keseluruhan jumlah ahli parlimen yang menyokong adalah 148. Jumlah ini merupakan kuasa 2/3 daripada 222, dan akan dibuktikan pada 19 Disember, sidang kali pertama penggal ke-15 parlimen, apabila kerajaan membentangkan USUL PERCAYA.
Senarai barisan kabinet bersama timbalan-timbalan menteri telahpun diumumkan yang mana pada kali ini anggota jemaah menteri diperkecil daripada biasa 32 kepada 28, dengan 27 timbalan menetri.
Akan dilihat dalam 100 hari, apa kah pencapaian kerajaan yang diterajui Anwar ini, apa kah luarbiasa atau kah sama dengan pencapaian 9 Perdana Menteri yang lalu.
Apa yang sudah pasti, ekoran terbentuknya kerajaan kali ini, telah berlaku penjajaran politik yang sama sekali baharu, walaupun telah diduga akan berlaku, ekoran perubahan senario politik tanah air pasca PRU-14, selain kesan pengelibatan undi kali pertama dan undi-18.
Menerusi PRU-15, seolah-olah politik negara baharu akan bermula, dan masih tercari-cari susun atur masing-masing, apa kah akan terwujudnya sistem dua parti di negara ini, bersandar pada segmen dan polarisasi pengundi.
Akan dilihat pada 6 PRN berikutnya, pada tahun hadapan bagi negeri-negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, apa kah memang ada kecenderungan yang menyokong terwujudnya sistem dua parti.
No comments:
Post a Comment