Friday, December 09, 2022

KERAJAAN CAMPURAN YANG ADA KUASA 2/3

KUASA 2/3 kerajaan campuran yang dinamakan KERAJAAN PERPADUAN yang ditunjungi Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berhadapan penolakan mana-mana rang undang-undang malah boleh mengubah perlembangan negara, termasuk persempadan semula kawasan pilihan raya.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan lepas, ADUN dilantik Datuk Amisah Yassin telah mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen Sabah, bukan sahaja untuk memenuhi semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan tetapi berasaskan faktor keluasan setiap parlimen yang hampir sama dengan sebuah negeri di Semenanjung.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi peringkat parlimen untuk Sabah bukan sahaja diperlukan akan tetapi dipadang sebagai sudah mendesak, untuk kepentingan para penduduk atau rakyat di kawasan-kawasan parlimen yang luas tersebut.

Sabah di peringkat kawasan Dewan Undangan, sudah mempunyai 73 kawasan DUN yang diluluskan pada tahun 2016, dan digunapakai pada PRN-16 Sabah pada September 2020.

Cadangan persempadanan semula kawasan parlimen bagi negeri Sabah diharapkan dapat diangkat oleh mana-mana ahli parlimen Sabah, supaya kerajaan Persekutuan dapat membentangkan Rang Undang-Undang mengenainya, pada penggal parlimen ke-15 ini. Cadangan sedemikian amat bersesuaian dengan arahan Perdana Menteri, mana-mana isu yang tertangguh atau belum beres berkaitan MA63 hendaklah diselesaikan secepat mungkin, kalau boleh dalam tempoh sebulan pemerintahan yang baharu.

Penyelesaian MA63 boleh menjadi KPI bagi kerajaan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Selain itu, KPI lain yang teropong rakyat, adalah berkaitan inflasi (terutama berkaitan harga barang keperluan harian rakyat).

Penulis tidak fikir, rakyat berminat dengan mengungkit isu-isu yang berkait dengan kerajaan terdahulu, kerana semua itu sudah berlalu, misalnya pakej pemulihan negara semasa pandemik Covid-19, kerana dibincangkan sekali pun, tidak lagi memberi atau membawa manafaat pada rakyat secara umum, sama seperti isu kerugian Forex yang dikatakan Bank Negara mengalami kerugian RM30bilion, dan untuk merungkainya ditubuhkan RCI mengenainya, dan hal hasilnya, hanya buang masa dan tenaga, selain kos RCI itu sendiri yang terpaksa tanggung kerajaan.

Keutamaan kerajaan adalah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat, dan perlu bertindak sebagai kerajaan yang mewakili semua.

Masa berpolitik semula berlalu, kerana rakyat sudah pun membuat keputusan pada PRU-15.

Kerajaan kena tunjukan solusi yang jauh lebih baik berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang lalu-lalu, kerana menerusinya, rakyat menilai, dan seterusnya menjadi bekalan bagi parti-parti yang bersama kerajaan berhadapan 6 PRN akan datang.

Pandangan penulis, kuasa 2/3 Kerajaan hari ini, perlu digunakan semaksimum mungkin untuk kepentingan rakyat dan negara, untuk melahirkan Malaysia yang Sejahtera dan makmur. Jika kerajaan dapat memanfaatkanya, dengan sendirnya rakyat akan menyokong, kerana naluri manusia, sentiasa memilih yang terbaik. Fikir-Fikirkan.

3 comments:

Unknown said...

Kesalahan dalam urus tadbir negara perlu di siasat di samping meneruskan momentum kekuatan ekonomi

Unknown said...

Jangan biarkan tak kira sesiapa pun memerintah

Unknown said...

Jika kerajaan perpaduan memerintah ada salah tadbir urus kita bongkar

Blog Archive