Saturday, December 03, 2022

BN SABAH TERKILAN DIPINGGIRKAN DARIPADA KABINET ANWAR

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah- Datuk Bung Moktar Radin merasa terkilan kerana tiada seorangpun daripada 7 MP parti itu di Sabah menganggotai kabinet Perdana Menteri ke-10.

Menurut ahli parlimen Kinabatangan itu, jangan sahaja tindakan tersebut sebagai petanda meminggirkan Sabah.

Daripada 24 ahli parlimen Sabah yang menyokong kerajaan campuran yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, MP Papar daripada GRS dan MP Penampang PH sahaja yang menjadi sebahagian 28 anggota kabinet Persekutuan.

Mungkin masih awal bagi sesetengah pihak memahami senarai anggota kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar pada petang Jumaat tidak seperti mana yang senarai kabinet yang lalu-lalu yang cenderung pada kabinet seremonial, yang mengambil pendekatan semakin ramai semakin meriah, sedangkan kabinet Persekutuan kali ini, menggunapakai kabinet fungsional.

Sabah dan Sarawak, patut melihat kabinet ini mempunyai kecenderungan membela untung nasib dua wilayah tersebut, kerana menteri yang bertanggungjawab berkaitan Kemajuan Desa dan wilayah adalah Timbalan Perdana Menteri daripada BN; yang bertanggungjawab berkaitan perladangan dan komditi; Kerja Raya; dan Hal ehwal Sabah & Sarawak juga MP daripada dua wilayah tersebut, termasuk lah Timbalan Perdana II- Datuk Fadilllah Yusof.

Memajukan,membangun Sabah & Sarawak, terletak pada anggota kabinet yang dipertanggungjawabkan, dan mereka itu, termasuklah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN dan Presiden Umno.

Bermula daripada sekarang, semua pihak perlu memahami tugasan kabinet kali ini, bukan sahaja kabinet fungsional akan tetapi bercorak ke hadapan (Futuristic), walaupun jumlah anggota kabinet masih dilihat “crowded” kerana hanya kurang 3 berbanding anggota kabinet era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, malah PM-7 &7i.

No comments:

Blog Archive