Saturday, December 03, 2022

CABARAN INDUSTRI KELAPA SAWIT SABAH

Ketua Menteri bersama Datuk Ghulam  & Datuk Daud
KEKURANGAN tenaga buruh, peningkatan kadar upah, peningkatan kos baja, selain harga yang berfluktuasi, merupakan cabaran utama industri kelapa sawit Sabah, khususnya syarikat-syarikat yang terkait dengan kerajaan negeri, seperti Softwoods Sdn Bhd, mendapat keuntungan tinggi.

Kesan pada faktor-faktor tersebut, Sabah dijangka menerima kurang kutipan hasil daripada sektor ini berbanding tahun-tahun lalu.

Pada Jumaat selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah 137 Sabah Softwoods Sdn Bhd, Ketua Menteri menzahirkan keterujaan, kerana syarikat itu dapat meningkatkan keuntungan, kesan harga CPO yang membaik.

Sektor peladangan, selain sektor minyak dan gas, merupakan penyumbang utama pada kutipan hasil negeri.

Nampaknya sektor peladangan kekal sebagai nadi perekonomian negara, seperti mana dibuktikan menerusi kabinet Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri ke-10, apabila Timbalan Perdana Menteri II daripada Blok Borneo menerajui kementerian tersebut.

No comments:

Blog Archive